Rabu, 24 Disember 2008

Tahniah Dr(H) Farminah & Dr(H) Anuar


TAHNIAH DR (H) FARMINAH HASSAN
Bulan Julai lalu ahli kita berkunjung ke Jakarta mewakili MATRADE untuk berucap (berceramah) tentang homeopathy di Hotel Marriot, di depan usahawan-usahawan farmasi dan perubatan. Nampaknya orang Jakarta sudah tahu tentang homeopathy di Malaysia dan sekarang mereka sedang menunggu kerjasama daripada kita. Inilah peluang terbaik yang tidak seharusnya dipandang sebelah mata sahaja. TAHNIAH kepada Hajah Farminah, ahli kita yang gigih berjihad untuk homeopathy. Khabarnya, kilang beliau pun sudah mendapat GMP. Tahniah sekali lagi! Kalaulah ahli kita yang berjiwa besar dan berfikiran terbuka seperti ini ramai, alangkah berkembang pesatnya industri homeopathy di Malaysia, dan secara langsung akan meningkatkan martabat homeopathy. Selain itu, beliau juga sedang menyiapkan
Kertas projek homeopathy dengan American International University (AIU) dengan kerjasama Wisma Homeopathy Singapura. Kalaulah ahli-ahli kita bersemangat macam beliau, agaknya hebat PPHBM.

TAHNIAH DR (H) ANUAR HASSAN
Kalau ada kesempatan, melawatlah ke klinik Dr(H) Anuar Hassan di Felda Bukit Goh, Kuantan. Di sana ada mesin pencuci darah! Kini beliau sedang berusaha mengadakan nilai tambah (value added) supaya ada satu kelainan dan daya tarikan untuk datang ke klinik beliau. Khabarnya, beliau telah mendapat satu produk kesihatan yang terbaik di dunia! Kalau nak tahu, hubungilah beliau (013-9329769).

Klinik-Klinik Homeopathy


KEDAH
En. Zainul Azmi Ahmad, Alor Star, Kedah Tel: 012-6358659
En. Wan Mohd Shah Wan Min, 24, Rumah Kedai, Taman Berlian, Kuah, Langkawi. Tel: 012-5781716

JOHOR
En.Abu Naim Kassan, Pusat Homeopathy Utama, 51, Jln Putra 1/3, Bandar Putra, Segamat, Johor. Tel: 013-7613931
En. Hj Nengal Baba, Arked Mara, Segamat, Johor Tel: 019-7487322
Puan Farminah Hasan, Pt. Raja, Batu Pahat, Johor Tel: 019-7765570
En. Mohamad Md Nor, Desa Rahmat, Tampoi, Johor
En.  Ishak Abd Rahman, 26, Jalan Dahlia 20, Taman Dahlia, Johor Bahru. Tel: 013-7725233
En. Jumadi Mustar , Pasir Gudang, Johor Tel: 012-7017969
En. Hj. Misron Jamiran, Felda Adela, Kota Tinggi Tel: 013-7048495


SELANGOR
En. Osman Nasir, 4, Jln 5, Lembah Jaya Utama, Bt 7, Bukit Belachan, Ampang, Selangor Tel: 013-2314356
En. Khairi Mohari, Kajang, Selangor Tel: 019-7482868
En. Norhayati Jasman, 6, Tkt 1, Kompleks Perhentian Bas, Kuala Kubu Baru, Selangor Tel: 013-6769392

PAHANG
En. Anuar Hasan, Felda Bukit Goh, Kuantan Tel: 013-9329769

TERENGGANU
Dr(H) Zawawi, Kemaman, Terengganu Tel: 017-9597400

NEGERI SEMBILAN
En. Yaakob Jalil, Perhentian Bas, Tampin, N. Sembilan Tel: 012-6907141


KUALA LUMPUR
En. Abdul Ghani Babu, Kedai 12, Jalan Makmur 1, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur Tel: 012-6747562

KELANTAN
Hj Ghazali Ab. Rahman
1156A Lorong Pak Da Well,
Jln Bayam, 15200 Kota Bharu Kelantan

Tengku Shamsudin Tengku Abdul Kadir
PT 7/188, Taman Sri Remah,
Tanah Merah, Kelantan

Puan Shadida Wahab
Klinik Homeopathy Hidayah (017-9732177)
MDB 86, Depan Pasar Bachok,
16300 Bachok, Kelantan

Puan Nor Asiah bt Mohamad
Perubatan Homeopathy Nor Asiah (017-9812841)
Lot 1773 Desa Petaling
Kok Lanas, Kelantan

Rochjati Syahaboedin
Perubatan Homeopathy Harmoni
2215-B Jln Long Yunos Off taman Maju,
15750 Kota Bharu Kelantan

Encik Yushaa Mohamad BHMS,DHMS
Pusat Perubatan Homeopathy Alimi (019-9817132)
No 13 Alimi Bazar, Pasir Puteh
16060 Kota Bharu, Kelantan

Encik Mohamed Arifin Ibrahim
Tawakkal Tradisional & Homeopathic (019-9517158)
154, Simpang Tiga, Kampung Jing, Pasir Mas
Kelantan

PULAU PINANG

Helmi Bin Hashim
Zhahera Homeopathic Centre,
NO. 1, Lorong Pancur Utama 6, Taman Pancur Utama,14300 Nibong Tebal,Pulau Pinang.
Tel : 013- 4365787 (wspp)
      : 018-8706270  (tel)



PERHATIAN: PENGAMAL YANG INGIN MEMPAMERKANKAN PREMISNYA DALAM LAMAN BLOG PPHBM, SILA BERIKAN MAKLUMAT PREMIS KEPADA SETIAUSAHA PPHBM. Gambar pengamal dan premis boleh juga dipaparkan. E-mel: pphbm2u@gmail.com

Pendaftaran Pengamal Homeopathy

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang membuka pendaftaran kepada semua pengamal perubatan tradisional dan komplementari. Oleh itu, semua ahli PPHBM dipersilakan mendaftar secara online dengan melayari laman berikut: http://tcmonline.moh.gov.my/tcmonline/index.php . Harus diingat bahawa pendaftaran ini adalah tanggungjawab individu.

Jumaat, 24 Oktober 2008

Salah Faham Tentang Homeopathy

Salah satu punca utama kemunduran kaedah rawatan homeopathy di Malaysia dan juga di kebanyakkan tempat di dunia ini ialah kegagalan memahami dengan tepat apa sebenarnya Homeopati. Berikut disenaraikan antara salah faham mengenai homeopati untuk dijadikan renungan:

“Homeopathy adalah perubatan tradisional”

Ungkapan ini sering kali kita dengar dipertuturkan di kalangan masyarakat kita. Kesilapan ini membawa kesan yang besar kerana ia meletakkan Homeopati setara dengan perubatan tradisional yang biasanya dikendalikan oleh mereka-mereka yang tidak berkelulusan dan banyak menggunakan kaedah rawatan turun temurun. Bukan tujuan kita untuk merendah-rendahkan perubatan tradisional, tetapi adalah sesuatu yang tidak adil untuk meletakkan Homeopati di dalam kategori yang sama memandangkan kaedah rawatannya sangat berbeda dari segi falsafah dan kaedah rawatan berbanding rawatan tradisional.
Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Homeopati menggabungkan sains dan seni di dalam rawatannya. Ia melihat penyakit dan kaedah penyembuhan (termasuk penyediaan ubat-ubatan) di dalam perspektif yang unik bertunjangkan kajian sains dan analisa yang logikal dan berilmiah. Homeopati tidak mengubal hukum-hukum perubatan berdasarkan agak-agakan semata sebaliknya melalui kajian ilmiah yang mendalam oleh mereka-mereka yang berpengalaman luas di dalam bidang perubatan moden. Malah pengasas Homeopati sendiri adalah seorang doktor iaitu Dr. Hahnemann yang aktif bertugas pada awal abad ke 19. Kekecewaan beliau kepada apa yang dipanggil rawatan “moden” yakni rawatan kedoktoran yang ada hari ini menyebabkan beliau mencari kaedah lain yang menepati fitrah manusia itu sendiri. Kaedah rawatan tersebut dinamakan Homeopati yang berasaskan kepada rawatan “Simila Similibus Currentur” yang bermakna “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa”. Di dalam bahasa mudah rawatan Homeopati memerlukan kita melihat tahap kesihatan seseorang pesakit secara holistik (menyeluruh) pada suatu ketika dan memadankan gejala pesakit ini dengan gejala ubat-ubatan Homepati. Apabila ada “persamaan” ini maka berlakulah penyembuhan.

Ubat-ubatan Homeopati disediakan di dalam makmal yang sempurna berasaskan kajian yang mendalam dan teratur, dan seterusnya didokumenkan dengan terperinci untuk kegunaan pengama-pengamal Homeopati. Doktor Homeopati bukan saja perlu mendalami ilmu falsafah perubatan, sains kemanusiaan dan kaedah rawatan tetapi juga cekap di dalam mendalami cirri-ciri ubat-ubatan Homeopati. Pendek kata Homeopati merupakan rawatan yang unik dan ia tegak berdiri di atas kekuatannya sendiri tanpa perlu dikaitkan dengan kaedah rawatan lain.

“Homeopati karut dan tidak saintifik”

Amat mudah untuk melontarkan fitnah tanpa perlu mengemukakan hujah. Mereka-mereka yang membuat tuduhan ini sebenarnya tidak memahami konsep perubatan Homeopati. Adakah sesuatu rawatan itu dianggap karut dan kolot jika ia masih wujud sejak 200 tahun lalu dan semakin meningkat penggunaaannya? Kita mendapati hari ini bagaimana kegagalan sistem perubatan allopati (perubatan kedoktoran “moden”) menyebabkan orang ramai beralih kepada rawatan alternatif seperti akupuntur, singseh, ayurveda, tradisional dan juga Homeopati.

Pengamal Homeopati, sebagaimana juga doktor perubatan allopati, perlu mendalami ilmu sains termasuk anatomi, fisiologi, biokimia, dan lain-lain yang berkaitan, dan ditambah dengan falsafah perubatan “Organon”, dan juga ribuan ubat-ubatan di dalam farmakopea Homeopati. Dokumen lengkap mengenai rawatan pesakit, penyembohan, penyediaan ubat dan sebagainya sejak dahulu hingga kini tersedia untuk diteliti dan dikaji. Jika ini tidak saintifik, tak tahulah kita apa lagi yang saintifik.

“Rawatan Homeopati tidak begitu berkesan dan penyakit lambat sembuh”

Kerberkesanan atau mujarabnya ubat Homeopati sememangnya diiktiraf ramai. Rawatan Homeopati tidak setakat menahan kesakitan semata (langkah paliatif) tetapi bertindak menyembuhkan penyakit. Banyak penyakit-penyakit yang biasanya dikatakan “tiada penawar” oleh doktor tetapi mempunyai alternatif pada Homeopati seperti Demam Campak, Bisul, Influenza, dan banyak lagi.

Lambat atau cepat kesembuhan sesuatu penyakit itu bukanlah kerana kelemahan sistem rawatan Homeopati tetapi kelemahan doktor Homeopati itu sendiri. Kerana kawalan yang agak longgar daripada pihak kerajaan menyebabkan ramai “doktor” Homeopati yang kurang berkelayakan menawarkan khidmat rawatan yang kurang cekap dan bermutu dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada Homeopati.

Sikap pesakit juga ikut serta menambah buruk persepsi ini. Pesakit menganggap bahawa kaedah rawatan Homeopati adalah sama dengan perubatan biasa menyebabkan mereka kurang memberi tumpuan kepada gejala penyakit secara terperinci dan menyeluruh seperti kekerapan sakit, waktu serangan, gejala sampingan dan sebagainya. Ini mengakibatkan doktor Homeopati gagal memberikan ubat-ubatan yang tepat atau melambatkan proses mendapatkan penawar yang tepat. Walaupun perkara ini tidak merbahaya memandangkan ubat-ubatan Homeopati tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ia membawa implikasi yang kurang baik dari segi kadar kesembuhan di kalangan pesakit.

“Kaedah Homeopathy menggunakan rambut untuk mengesan penyakit”

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai “pembaharuan” yang diperkenalkan kepada kaedah rawatan Homeopati sejak diperkenalkan 200 tahun lalu. Kebanyakan “pembaharuan” ini melibatkan aspek teknik mendiagnosis penyakit dengan pengenalan alat-alatan moden dan kaedah penyediaan ubat-ubatan. Namun begitu aspek falsafah dan konsep rawatan Homeopati tetap utuh dan sama sejak dulu dan akan berterusan sehingga ke akhir zaman kerana ia berkait rapat dengan fitrah manusia.
Antara “pembaharuan” kepada Homeopati dari segi teknik mengesan penyakit dan penyediaan ubat-ubatan yang agak popular dewasa ini ialah apa yang dipanggil kaedah “radionic” di mana sejenis alatan elektronik yang dicipta khas berupaya mengesan penyakit dan seterusnya penyediaan ubat-ubatan dengan menganalisa keadaan rambut pesakit. Walaupun pada satu segi ia agak munasabah memandangkan rambut kita sepertimana juga iris mata berupaya untuk memberi petunjuk kepada status kesihatan semasa, namun pengamal-pengamal Homeopati klasikal menolak kaedah ini dan bertegas supaya kaedah asal Homeopati yang dianjurkan oleh Hahnemann diikuti.
Ada banyak lagi momokan dan malah kecaman yang dilemparkan kepada Homeopati. Perkara ini wujud sejak zaman Hahnemann lagi dan kita yakin akan berterusan untuk tempoh yang lama selepas ini. Walaupun kemajuan Homeopati yang pesat dengan kecemerlangannya di dalam menanggani pelbagai masaalah kesihatan dunia moden, kritiknya tidak juga kunjung padam. Adalah dirasakan dunia Homeopati perlu mendepani cabaran ini dengan menjawapnya secara ilmiah dan konsisten. Di samping itu Homeopati juga perlu mempastikan para pengamalnya mempelajari kaedah rawatan dengan lebih mendalam, profesional dan berdisplin bagi menjamin penerusan kecemerlangan khidmat rawatan ini pada masa-masa akan datang. Cara terbaik menjawab kritikan ialah dengan membuktikan dari segi praktiknya akan kehebatan apa yang dipanggil Homeopati.

Dipetik daripada catatan Dr. (H) Ir. Izham Hashim, PHom, BHMS (MAhM/USU)

Selasa, 30 September 2008

Apa itu HOMEOPATHY?

Apakah Itu Homeopati?
Dua ratus tahun telah berlalu sejak Homeopati diperkenalkan kepada manusia. Pelbagai idea, teori dan kejayaan telah terpahat di dalam sejarah berkaitan sumbanganomeopati di dalam memperbaiki dan merubah kesengsaraan dan penderitaan pesakit. Dalam masa yang sama, penawar-penawar Homeopati telah membuktikan kehebatan mereka di dalam menyembuh dan menghalang penyakit serta mempertingkatkan tahap kesihatan pada tingkat yang fundamental. Kejayaan demi kejayaan yang dicapai ini bukanlah melalui satu jalan yang mudah. Liku-liku pancaroba yang amat mencabar terpaksa diharungi dan akan terus didepani dari masa ke semasa. Tetapi satu yang pasti ialah Homeopati akan terus tegak di persada kehidupan sebagai satu rawatan perubatan alternatif yang mujarab dan efektif. Keyakinan ini berasaskan kepada beberapa aspek penting kaedah rawatannya yang tidak didapati pada mana-mana rawatan perubatan lain dewasa ini.

Sejarah Ringkas Homeopati

Pengasas Homeopati, Samuel Hahnemann, telah dilahirkan di Meissen berhampiran Dresden, Jerman pada 10 April 1755. Beliau mendapat ijazah perubatannya pada tahun 1779. Ketika berkhidmat sebagai doktor di beberapa buah bandar, Hahnemann tidak lupa memahirkan diri dengan mempelajari pelbagai jenis bahasa, baru dan lama, dan juga ilmu kedoktoran silam. Selain daripada menjadi seorang doktor, beliau juga terkenal sebagai pakar kimia, ahli mineralogy dan botani, malah beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli sains yang serba berkebolehan.
Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian Hahnemann ke atas sistem rawatan pada masa itu dan yang terdahulu, beliau begitu tertarik kepada tindakbalas ubat-ubatan di dalam menyembuh penyakit. Kajiannya tertumpu kepada kesan kulit pokok Cinchona (kulit kayu Quinine atau Peruvian) ke atas penyakit malaria kerana penyakit berkenaan merebak luas ketika itu dan antara yang paling merbahaya. Walaupun ada penulisan di masa itu berhubung kuasa penyembuhan kulit pokok Chinchona, tetapi Hahnemann tidak begitu berpuas hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian sendiri ke atas manusia yang sihat – iaitu dirinya sendiri. Hasilnya, selepas mengambil dos kulit pokok berkenaan secara berterusan, beliau mendapati simptom (gejala) malaria pada dirinya seperti kesejukkan, panas dan berpeluh serta gejala-gejala sampingan lain. Dengan lain perkataan, kulit pokok Cinchona yang digunakan sebagai penawar (ubat) untuk menyembuhkan malaria juga memberikan kesan (gejala) yang sama jika diberikan secara berterusan kepada manusia yang sihat. Penemuan prinsip rawatan ini yang dipanggil “Similia Similibus Curentur” di dalam bahasa Latin atau “sesuatu yang serupa menyembuhkan yang serupa” menandakan permulaan satu falsafah perubatan baru yang akan membawa kesan besar kepada dunia perubatan.
Kajian demi kajian telah dilakukan oleh Hahnemann bersama teman seperjuangannya dan akhirnya beliau berjaya membukukan falsafah perubatan Homeopati di dalam bukunya yang terkenal bertajuk “Organon”, dan diikuti kemudian dengan terbitnya buku panduan perubatan Homeopati pertama “Materia Medica Pura”. Kemajuan Homeopati berjalan dengan pesat dengan banyak lagi penemuan baru dan penerbitan buku-buku panduan, dan telah berkembang ke serata dunia dan terus dipopularkan sebagai rawatan alternatif penting hari ini.
Hahnemann meninggal dunia di Paris pada tahun 1843 dengan meninggalkan mutiara yang amat berharga, satu falsafah dan kaedah rawatan yang begitu banyak bermanfaat kepada kesihatan manusia sejagat sepanjang zaman.

Kaedah Rawatan Homeopati
Berdasarkan kepada keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa prinsip rawatan Homeopati ialah memadankan simptom (gejala) penawar dengan simptom pesakit (simptom pesakit dan BUKAN simptom penyakit!). Prinsip ini di panggil “Prinsip Seraksi” (Principle of Similars atau Similia Similibus Curentur).
Seorang Pengamal Homeopati akan mendapatkan gambaran terperinci pesakit melalui perbualan dan penganalisaan simptom. Apa yang dimaksudkan dengan “gambaran terperinci” ini ialah butir-butir mengenai diri pesakit, sejarah penyakit di dalam keluarga, penyakit atau kemalangan masa lalu, minat dan hobi, bentuk dan jenis pemakanan, ubat-ubatan lain yang diambil dan sebagainya. Butir-butir ini tidak terhad kepada apa yang diucapkan oleh pesakit sahaja tetapi juga apa yang diamati oleh Pengamal Homeopati seperti bentuk susuk badan, keadaan kulit dan anggota badan lain, cara dan nada percakapan, kecendurangan minda, tabiat, dan sebagainya. Semua ini membentuk “gambaran terperinci” pesakit.
Tugas kita seterusnya ialah mencari “gambaran terperinci” penawar Homeopati (daripada Materia Medica) yang menepati atau hampir menepati “gambaran terperinci” pesakit berkenaan. Tugas ini sangatlah rumit dan memerlukan kemahiran yang tinggi dan banyak kesabaran terutamanya kerana sedikit sangat kerjasama daripada para pesakit. Ini berkait rapat dengan salahfaham mereka mengenai Homeopati atau menganggap sistem perubatan ini sama seperti rawatan di klinik atau hospital (dikenali sebagai sistem rawatan Allopati) iaitu dengan memberi nama penyakit sudah memadai untuk mendapatkan preskripsi ubat.

Jika kita lihat betul-betul, kita akan dapati bahawa rawatan Homeopati memerlukan gambaran keseluruhan pesakit di saat membuat diagnosa, dan ini dipanggil pendekatan secara holistik. Bukan sahaja aspek fizikal pesakit yang diberi perhatian tetapi juga keadaan mental dan spiritualnya diambil kira supaya penawar kelak akan lebih berkesan dan berkekalan.

Keistimewaan Homeopati
Sejak sekian lama Homeopati telah terbukti hebat dan berkesan di dalam memperbaiki tahap kesihatan bukan saja manusia tetapi juga binatang dan tumbuh-tumbuhan. Secara ringkas, antara kelebihannya ialah:
i. Efektif – mampu merawat dengan mujarab hampir kesemua jenis penyakit.
ii. Natural – tidak menggunakan sebarang bahan sintetik, tetapi sebaliknya menggunakan bahan-bahan asli daripada tumbuhan, galian dan bahagian binatang.
iii. Selamat – penawarnya tidak toksid dan tanpa kesan sampingan.
iv. Individu – penawar diberikan berdasarkan gambaran pesakit secara individu dan tidak disamaratakan antara semua pesakit walaupun penyakitnya kelihatan serupa.
v. Satu Penawar – hanya satu penawar sahaja diberikan pada setiap ketika.
vi. Tidak Melarat – penawar homeopati membantu sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit dan BUKAN mengambilalih tugasnya.
vii. Dos Minima – dos penawar hanyalah setakat diperlukan dan selebihnya adalah tindakan semulajadi sistem pertahanan badan.
viii. Holistik – seluruh gambaran pesakit diambil kira waktu memberi penawar.
ix. Saintifik – walaupun banyak salahfaham tentang Homeopati, ia tetap diterima berasaskan kajian yang saintifik.
x. Harga Berpatutan – harganya berpatutan dan mampu dilanggani oleh semua.

Dipetik drp. artikel Dr. (H) Ir. Izham Hashim, PHom, BHMS (MAhM/USU)

Sila layari http://www.youtube.com/watch?v=BWE1tH93G9U

Sabtu, 27 September 2008

SELAMAT DATANG KE LAMAN PPHBM

Selamat Datang. Semoga laman ini menjadi medan interaksi dan komunikasi kita semua. Gunakanlah ruang ini sebaik-baiknya untuk kita berbicara tentang ilmu, tentang alam, tentang manusia, tentang Tuhan, dan tentang sesuatu yang bermanfaat kepada kita. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan idea, terutamanya tentang perubatan homeopathy daripada anda. Insya-Allah kami akan menjawab segala kemusykilan yang diutarakan.
Kami juga akan menggunakan ruang ini untuk menyampaikan maklumat dan berita kepada semua ahli PPHBM.