Selasa, 29 Jun 2010

PUSAT HOMEOPATHY UTAMA





Pusat Homeopathy Utama (PHU) terletak di Bandar Putra, Segamat sejak tiga tahun yang lalu. Sebelum ini klinik kepunyaan Dr(H) Abu Naim Kassan pernah beroperasi di Negeri Sembilan dan beberapa tempat lain. Klinik ini mempunyai satu bilik rawatan, farmasi, dan bilik perundingan. Dengan pelbagai pendekatan dan khidmat masyarakat yang dijalankan, bilangan pesakit yang mengunjungi klinik ini kian bertambah. Klinik ini menyediakan khidmat saringan kesihatan percuma setiap hari. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang, manakala waktu malam untuk “janji temu” sahaja. Untuk maklumat lanjut /janji temu sila hubungi 016-7090145.

Sabtu, 19 Jun 2010

LAWATAN KE HOMEOPATHY NOR ASIAH






Kami sempat singgah di klinik Dr(H) Nor Asiah yang terletak di Kok Lanas, Kelantan. Simpel sahaja klinik beliau, namun ramai juga pesakitnya yang datang. Menurutnya, selama dua tahun beliau memperkenalkan perkhidmatannya kepada masyarakat yang sebelum ini tidak mengenali perubatan homeopathy. Namun begitu, hingga kini beliau terus gigih memperkenalkan homeopathy dengan menyertai pelbagai pameran, ceramah, khidmat masyarakat dll. Beliau boleh dihubungi melalui 017-9812841

Rabu, 9 Jun 2010

PROGRAM CPD & TAKLIMAT KHAS

1. PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME (CPD)
2. TAKLIMAT PROGRAM BHMS (CUCMS)
3. TAKLIMAT AKTA TCM & UJIAN KELAYAKAN KEBANGSAAN KKM


Kami dengan kerjasama Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) dan Cyberjaya University College of Medical Sciences(CUCMS) akan mengadakan program di atas pada

TARIKH : 3 JULAI 2010 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA, JOHOR BAHRU
BAYARAN : RM60.00 (Ahli PPHBM/MPHM) RM70.00 (Bukan Ahli)
FOKUS : 1. Homeoterapeutik Viral Rinitis dan Influenza: Komplikasi &
Pengurusannya.
Oleh Dr(H) Zainul Azmi Ahmad, Presiden MPHM
2. Taklimat Program BHMS (Cyberjaya University College of Medical
Sciences(CUCMS) Oleh Prof Ahmad Asmadi dan Dr Surayakhatun Osman
3. Taklimat Akta TCM & Peperiksaan Kelayakan Kebangsaan KKM

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat dipersilakan hadir.

Untuk keterangan: Dr(H) Abu Naim Kassan (013-7613931)