Selasa, 10 Januari 2012

Program Peningkatan Profesionalisme (CPD) Bulan Januari 2012

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Dimaklumkan bahawa satu lagi Program Peningkatan Profesinalisme (CPD) yang dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 29 Januari 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Era Edar Marketing,
52, Jalan Padi Emas 4/1, Pusat Bandar Tampoi, Johor Bahru.

Tajuk : Pemilihan Remedi Berpandukan Repetori SYNTHESIS

Pembimbing : Dr. (H) Zainul Azmi bin Ahmad
Presiden MPHM & PPHBM

Semua Ahli PPHBM dan mereka yang berminat adalah sangat-sangat digalakkan hadir. Mohon sebarkan kepada rakan dan sahabat-sahabat (yang emailnya tiada di sini) untuk menghadiri majlis ilmu yang bermanfaat ini.

Yuran pendaftaran : RM50.00 seorang.

DAN DIINGATKAN JUGA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN AHLI PPHBM YANG BELUM MENJELASKAN YURAN TAHUNANNYA, MOHON UNTUK BERBUAT DEMIKIAN SAMADA MELALUI POSTAL ORDER ATAU TERUS KE AKAUN PPHBM (BANK ISLAM 01014010002239) DAN RESIT PEMBAYARANNYA BOLEH DIHANTAR/EMEL KEPADA SETIAUSAHA ATAU BENDAHARI PPHBM.


SOKONGAN RAKAN-RAKAN AHLI PPHBM AKAN MENJADIKAN PERSATUAN BERTAMBAH TEGUH DAN MAJU KEHADAPAN.

Terima kasih.

Memangku Setiausaha
013-7445233


TAKZIAH KERANA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ahli PPHBM kita TN HJ TAJUDIN MD ZAIN dari Alor Star telah kembali ke rahmatullah pada
1 Jan 2012 pada pukul 1.30 tgh. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada sebelah malamnya pukul 9.30 malam. Moga Allah mencucuri rahmad ke atas roh beliau. Innalillah wa inna ilahirajiun.

Ahad, 1 Januari 2012

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 33

Semua Ahli, Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia (PPHBM) Tuan/Puan, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 akan diadakan sebagaimana keterangan yang berikut.
Tarikh : 1 APRIL 2012
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah
Hari: Ahad

Tempat : Dewan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Wilayah Selatan No. 8, Jalan Padi Mahsuri , Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor
Agenda mesyuarat:
9.00 pagi-10.00 pagi : Ceramah
10.00 pagi- 10.30 pagi: Rehat.
10.30-12.30: Mesyuarat Agong.
Kepada ahli-ahli yang masih belum membuat bayaran yuran tahunan persatuan dikehendaki membuat bayaran sebelum akhir bulan januari. Sebarang masalah bolehlah menghubungi Pemangku setiausaha.



SEMUA AHLI DIPERSILAKAN HADIR

Sekitar CPD Disember di BBU Johor Bahru

CPD yang bertajuk Repertori untuk golongan tua oleh Dr Zainol Azmi Ahmad telah diadakan di Era Edar Marketing Tampoi, JB. Perbincangan dan perkongsian maklumat tentang gejala yang biasa dialami oleh orang-orang tua dan remedi yang berkaitan. PPHBM ingin mengucapkan Selamat kembali bertugas kepada Dr Zainol Ahmad dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa beliau untuk program CPD ini
Mesyuarat AJK PPHBM telah diadakan pada sebelah petangnya yang membincangkan perancangan program untuk tahun 2012 dan perkara-perkara berbangkit.