Khamis, 15 Mac 2012

Bencana Banjir Di Ampang pd 13 Mac

Salah seorang ahli persatuan kita Prof Dr Osman Nasir telah di timpa bencana banjir pada 13 mac yang lalu di Ampang . Kampong dan rumahnya telah dilanda banjir lumpur mengakibatkan banyak barang-barang rosak dan terpaksa dibuang. Ahli-ahli persatuan yang berdekatan diharapkan dapat menghulurkan bantuan kepada beliau. Pihak persatuan berharap beliau banyak bersabar dalam menghadapi bencana yang menimpa ini dan kami berdoa semoga segala kesulitan ini dapat beliau atasi dengan mudah. Insya Allah.

NOTIS MESYUARAT AGONG PPHBM KALI KE 33

Semua Ahli Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia (PPHBM) .
Tuan/Puan, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 akan diadakan sebagaimana keterangan yang berikut.
Tarikh : 8 APRIL
2012
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengahari
Hari: Ahad
Tempat : Dewan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan No. 8, Jalan Padi Mahsuri , Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor
Agenda mesyuarat:
8.00 pagi - 8.30 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi-11.00 pagi : CPD
Tajuk : “ Selection of Remedy for Incurable Diseases“.
Penceramah : Dr KM Nishanth Nabison,
(Penceramah jemputan dari India)
11.00 pagi- 11.30 pagi: Rehat.
11.30-1.00: Mesyuarat Agong.
Bayaran CPD: RM50.00 seorang.
Kepada ahli-ahli yang masih belum membuat bayaran yuran tahunan persatuan dikehendaki membuat bayaran secepat mungkin. Sebarang masalah bolehlah menghubungi Pemangku setiausaha. Pn Sarimah - 0137445233


SEMUA AHLI DIPERSILAKAN HADIR