Rabu, 25 September 2013

Kelas CPD September 2013

Kelas CPD PPHBM akan diadakan untuk semua ahli PPHBM dan ahli MPHM yang berminat. Butir-butir kelas adalah seperti berikut:
Tarikh: 29 Sept 2013
Hari : Ahad
Masa: 9 pagi - 1 petang.
Tempat:: Era Edar Marketing, 52 Jalan Padi Emas 4/1, Pusat Bandar Tampoi, Johor Bahru
Tajuk Observation after remedy.
Penceramah : Dr Zainul Azmi
Yuran: RM 60.


Rabu, 11 September 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PERHIMPUNAN/KONVENSYEN BAGI PENGUMUMAN AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA OLEH YAB PERDANA MENTERI, 14 SEPTEMBER 2013

Ruj. Kami      : MTEM/MSO/2013/BIL (020)
Tarikh           : 5 September 2013


Ahli-Ahli Majlis MTEM (Lampiran I)


YM/YB/YBhg/Dato’/Datuk/Datin/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERHIMPUNAN/KONVENSYEN BAGI PENGUMUMAN AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA OLEH YAB PERDANA MENTERI, 14 SEPTEMBER 2013
 _____________________________________________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri untuk menyelaras Majlis Perhimpunan/Konvensyen Bagi Pengumuman Agenda Pembangunan Bumiputera Oleh YAB Perdana Menteri.  Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri dan seramai 5000 orang Bumiputera dijangka akan hadir untuk menjayakannya.

Justeru itu, ketetapan majlis adalah seperti mana berikut:

            Tarikh            : 14 September 2013, Sabtu
            Tempat          : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam
                                      Selangor Darul Ehsan
            Masa              : 7.30 pagi – 1.00 petang
            Pakaian          : Batik (Lelaki) & Baju Kurung/Kebaya bersesuaian (Perempuan)

Susulan dari beberapa siri mesyuarat bersama EPU,  MTEM ingin memanjangkan jemputan kepada semua Ahli Majlis untuk mengesahkan kehadiran (setiap persatuan diminta menghantar ahli seramai sepuluh (10) orang).
  
Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran yang dilampirkan (LAMPIRAN II) kepada pihak Sekretariat MTEM selewat-lewatnya sebelum atau pada 9 September 2013 (Isnin) melalui faksimili 03-2095 1314 atau emel zarina@mtem.my .  Sila hubungi Zarina / Nurshezryna di talian 03-2095 2450 untuk sebarang pertanyaan.

Kerjasama pihak YM/YB/YBhg/Dato’/Datuk/Datin/Puan atas perkara ini amatlah dihargai dan diharapkan majlis ini akan berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, 
MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU BERSATU

MOHD NIZAM BIN MAHSHAR
Ketua Pegawai Eksekutif

Rabu, 26 Jun 2013

Majlis Anugerah Sijil Basic Medical Science For TCM Practitioners

Majlis telah diadakan pada 9 Jun 2013 di MPC Bandar Baru Uda.
Seramai 13 orang peserta telah menerima sijil tersebut.
Peserta terbaik keseluruhan  ialah En Muhammad Ubaidurrahman Bin Hashim. Beliau menjadi peserta terbaik di dalam 5 modul daripada 8 modul keseluruhan.

KELAS CPD PPHBM JUN 2013

Kelas CPD PPHBM akan diadakan untuk semua ahli PPHBM dan ahli MPHM yang berminat. Butir-butir kelas adalah seperti berikut:

Tarikh  : 30 Jun 2013 (Ahad)  
 Masa  : 9 pagi - 1 tgh   
Tempat  : Dewan Perubatan Homeopathy Yaakob    
                 Tkt. 1 Bangunan Perniagaan MARA    
                 Pulau Sebang    
                Tampin, Melaka
Yuran : RM 60.00
Jom bersama meningkatkan ilmu dan transfomasi diri

Isnin, 6 Mei 2013

KELAS CPD SEMASA MESYUARAT AGONG PPHBM KALI KE 34

Berikut disertakan butiran untuk program CPD PPHBM


Tarikh:                   11 Mei 2013 (Sabtu)
Masa : 
Pendaftaran :         8.00 pagi
Kelas CPD:           9.00-10.30 pagi
Tempat:                 Hotel Seri Malaysia, Larkin, Johor Bahru.
Penceramah:         Dr. Suriyakhatun Osman 
Tajuk:                    Individualizing : Typology & Drug Types
Kiraan Mata:        10 mata  
Yuran :                   RM 70.00

JOM TRANSFORM DIRI

MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 34

Berikut disertakan salinan notis Mesyuarat Agong Tahunan ke 34 yang telah pun di hantar melalui pos kepada semua ahli  PPHBM
Diharap semua ahli dapat menghadirkan diri .

Rabu, 3 April 2013

CPD bulan April 2013


Berikut adalah maklumat CPD bulan April 2013
Tarikh : 7/4/2013 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh.
Tempat : Era Edar Marketing, 52 Jalan Padi Emas 4/1, Pusat Bandar Tampoi, Johor Bahru
Tajuk : Simptomatologi
Bayaran : RM60.00
Dikira  CPD Point