Rabu, 25 September 2013

Kelas CPD September 2013

Kelas CPD PPHBM akan diadakan untuk semua ahli PPHBM dan ahli MPHM yang berminat. Butir-butir kelas adalah seperti berikut:
Tarikh: 29 Sept 2013
Hari : Ahad
Masa: 9 pagi - 1 petang.
Tempat:: Era Edar Marketing, 52 Jalan Padi Emas 4/1, Pusat Bandar Tampoi, Johor Bahru
Tajuk Observation after remedy.
Penceramah : Dr Zainul Azmi
Yuran: RM 60.


Rabu, 11 September 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS PERHIMPUNAN/KONVENSYEN BAGI PENGUMUMAN AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA OLEH YAB PERDANA MENTERI, 14 SEPTEMBER 2013

Ruj. Kami      : MTEM/MSO/2013/BIL (020)
Tarikh           : 5 September 2013


Ahli-Ahli Majlis MTEM (Lampiran I)


YM/YB/YBhg/Dato’/Datuk/Datin/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PERHIMPUNAN/KONVENSYEN BAGI PENGUMUMAN AGENDA PEMBANGUNAN BUMIPUTERA OLEH YAB PERDANA MENTERI, 14 SEPTEMBER 2013
 _____________________________________________________________________

Sukacita dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengarahkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri untuk menyelaras Majlis Perhimpunan/Konvensyen Bagi Pengumuman Agenda Pembangunan Bumiputera Oleh YAB Perdana Menteri.  Majlis ini akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri dan seramai 5000 orang Bumiputera dijangka akan hadir untuk menjayakannya.

Justeru itu, ketetapan majlis adalah seperti mana berikut:

            Tarikh            : 14 September 2013, Sabtu
            Tempat          : Dewan Agong Tuanku Canselor, UiTM, Shah Alam
                                      Selangor Darul Ehsan
            Masa              : 7.30 pagi – 1.00 petang
            Pakaian          : Batik (Lelaki) & Baju Kurung/Kebaya bersesuaian (Perempuan)

Susulan dari beberapa siri mesyuarat bersama EPU,  MTEM ingin memanjangkan jemputan kepada semua Ahli Majlis untuk mengesahkan kehadiran (setiap persatuan diminta menghantar ahli seramai sepuluh (10) orang).
  
Sila kembalikan borang pengesahan kehadiran yang dilampirkan (LAMPIRAN II) kepada pihak Sekretariat MTEM selewat-lewatnya sebelum atau pada 9 September 2013 (Isnin) melalui faksimili 03-2095 1314 atau emel zarina@mtem.my .  Sila hubungi Zarina / Nurshezryna di talian 03-2095 2450 untuk sebarang pertanyaan.

Kerjasama pihak YM/YB/YBhg/Dato’/Datuk/Datin/Puan atas perkara ini amatlah dihargai dan diharapkan majlis ini akan berjalan lancar.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas, 
MAJLIS TINDAKAN EKONOMI MELAYU BERSATU

MOHD NIZAM BIN MAHSHAR
Ketua Pegawai Eksekutif