Khamis, 20 Oktober 2011

Sekitar CPD di Batu Pahat









CPD yang berlangsung hampir 4 jam ini memfokuskan kepada Pengurusan stress dan Homeopathy, Teknik kaunseling stress dan Pengurusan Stress dan Biochemic.
Penceramah yang mempunyai banyak pengalaman dalam kauseling dan homeopathy ini telah memberikan tunjuk ajarnya dalam pengurusan stress pesakit menggunakan teknik kauseling, ubatan homeopathy dan biochem.
Latihan dalam kumpulan yang dilakukan untuk teknik kauseling sangat menarik dan boleh digunakan untuk menolong peserta menguruskan stress mereka dan pesakit mereka. Terima kasih di ucapkan atas sumbangan ilmu yang sangat bergunaini. Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang CPD tersebut.

Isnin, 10 Oktober 2011

Diploma Eksekutif Keusahawan dan Homeopati

CONTINUING EDUCATION CENTRE , UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM) telah menawarkan program DIPLOMA EKSEKUTIF KEUSSAHAWAN DAN HOMEOPATI kepada sesiapa yang berminat.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:
CONTINUING EDUCATION CENTRE ,
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN (UTHM),
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.
Tel : 07-4538164, Fax: 07-4538167

Kursus Asas Sains Perubatan Untuk Pengamal TCM Anjuran CUCMS


Untuk makluman semua, Cyberjaya University College Of Medical Science (Distance & Continuing Education Centre- DiCEC) akan menganjurkan Kursus Asas Sains Perubatan Untuk Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari di Kampus Utama CUCMS, Cyberjaya pada 22 OKTOBER 2011 hingga 14 APRIL 2012.
Kursus ini merangkumi 6 modul dan telahpun mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) . Ianya merupakan program latihan eksekutif berkualiti yang pertama untuk semua pengamal TCM termasuk homeopathy.
Maklumat lanjut boleh di dapati di www.cybermed.edu.my atau boleh menghubungi

Distance & Continuing Education Centre (DiCEC),
Cyberjaya University College of Medical Science,
Main Campus, No 3410, Jalan Teknokrat 3, Cyber 4, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.
Email: dicec@cybermed.edu.my
Attn: Mdm Sharinaz(03-83137095, Ms Zaleha (03-83137096)

Khamis, 6 Oktober 2011

Program Pengumpulan Tincture Untuk Aktiviti Khidmat Masyarakat

Pada mesyuarat AJK PPHBM yang telah diadakan pada 18 September 2011 yang lalu, AJK telah sebulat suara bersetuju untuk mengumpul tincture bagi tujuan aktiviti khidmat masyarakat.
Ahli- ahli yang berminat untuk menyertai aktiviti ini, bolehlah menyumbang dalam bentuk wang ataupun tincture. Program ini akan diselia oleh Pemangku setiausaha. Mana-mana ahli yang memerlukan tincture ini bagi tujuan aktiviti khidmat masyarakat atau mempunyai sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pemangku setiausaha Pn Sarimah Mohammed Dome no tel: 0137445233.
Senarai tincture yang telah disumbang:
Antim Ars.30, Coca 30, Phos 30, Bell 200 dan Cimicif race Q. (Sumbangan oleh Pn Fatimah)


Program Peningkatan Profesionalisme (CPD) Bulan October

Butiran program CPD ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 October 2011
Masa: 9.00 pagi- 12.00 tengahari
Tempat: 11A, Susur Jalan Kluang/Parit Raja,
Pusat Perniagaan Parit Raja,
89400 Parit Raja, Batu Pahat . Johor
Penceramah: Hjh Farminah Bt Hassan.
Tajuk: Stress dan Homeopathy
Yuran: RM$50 untuk setiap peserta yang hadir
Semua ahli persatuan dan yang berminat dijemput hadir.

Nota: Mesyuarat untuk AJK pembentukan Perlembagaan Persatuan akan diadakan
pada tarikh dan tempat yang sama bermula pada pukul 2.00 ptg-4.00 ptg.
Semua AJK yang terlibat diwajibkan hadir.