Sabtu, 26 Februari 2011

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

Kursus Intensif "Pemakanan dan Kesihatan"

Tarikh: 26-27 Februari 2011 (Sabtu-Ahad)Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Kolej Komuniti Segamat, Bandar Putra, Segamat
Penganjur bersama: Anz Vision Resources+Kolej Komuniti Segamat+ PPHBM

Pembimbing: Pegawai Dietetik, Kementerian Kesihatan Malaysia.

SUMBANGAN: RM120 (ahli pphbm dan awam)
PELAJAR, sila hubungi URUS SETIA
(Nota, sijil dan makan tengah hari disediakan)
Untuk pendaftaran sila SMS: NAMA(jarak)KAD PENGENALAN(jarak)KOD KURSUS HANTARKAN KEPADA 010-708 7030

SINOPSISKursus ini memberikan pemahaman terhadap asas prinsip pemakanan, merancang diet yang berkhasiat dan pemakanan sepanjang kehidupan. Turut merangkumi komposisi makanan, nutrien keperluan manusia dan bagaimana badan manusia memproses makanan dan nutrien. Selain itu, kursus ini menerangkan tentang tidak toleransi makanan, toksikologi makanan dan juga perubahan fisiologi yang berlaku akibat kelebihan atau kekurangan pelbagai jenis nutrient. Juga tentang penjagaan/[pengambilan makanan bagi diet orang yang bermasalah kesihatan seperti diabetis, darah tinggi, wanita yang hamil, wanita menyusukan anak dll

Selasa, 21 Disember 2010

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME

FOKUS: MATERIA MEDICA HOMEOPATHY & RAWATAN PENYAKIT KRONIK
KOD KURSUS: PP4340


TARIKH: 29-30 JANUARI 2011 (SABTU-AHAD)
MASA: 8.30 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, SEGAMAT,JOHOR

PEMBIMBING:

DR(H) ZAINUL AZMI BIN AHMAD
MDH (Sussex), DHMS (Karachi), RHMP (Pakistan),
Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia,
Presiden PPHBM.

SUMBANGAN: RM100 (AHLI PPHBM)
RM150 (BUKAN AHLI)


Untuk pendaftaran sila SMS: NAMA(jarak)KAD PENGENALAN(jarak)KOD KURSUS
HANTARKAN KEPADA 010-708 7030

Sinopsis:
Kursus ini akan membincangkan remedi-remedi yang utama
dan signifikan untuk merawat dan menguruskan masalah/penyakit krinok
seperti athma, diabetis, darah tinggi, kanser, psoriasis, masalah mental, masalah wanita, masalah lelaki dll.


DESTINASI Bandar SEGAMAT terletak di utara Negeri Johor. Boleh dikunjungi melalui lebuh raya PLUS (Exit Tangkak), ada stesen kereta api, ada perkhidmatan bas ekspres dari utara, selatan, timur; dari Kuantan (highway Tun Razak/tiada tol). Bas ekspres dari Kota Bahru, Alor Setar, Sg. Petani, K.Lumpur, Seremban, Kuantan dll. Dari stesen bas/kereta api Segamat ke destinasi hanya 1 km. Kadar sewa hotel RM35.00 – RM280 (murah dan selesa – pilihlah sendiri) – Hotel Neo Pegasus tel: 07-9312128, hotel berhampiran (Hotel Ching Hua 07- 9435245), Maasi Inn (07-9435322 / 016-7870758). SELAMAT DATANG KE SEGAMAT.

Sabtu, 9 Oktober 2010

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME (CPD)


TAJUK: PSORIASIS DAN RAWATAN HOMEOPATHY


TARIKH : 31 OKTOBER 2010 ( AHAD )
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT : KOLEJ ISLAM YPJ, JALAN AHAD,
KG. UNGKU MOHSIN, JOHOR BAHRU
(Lebuh raya PLUS; susur keluar Kempas selepas Skudai)arah ke JB.
BAYARAN : RM70.00 (Ahli PPHBM/MPHM) RM80.00 (Bukan Ahli)

Sijil kehadiran akan diberikan.

KETERANGAN

Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal di mana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang. Tanda-tanda, keguguran sisik pada kulit. Tompok-tompokmerah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza. Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. 2 hingga 3 peratus penduduk Malaysia mengalami psoriasis.

Rabu, 29 September 2010

LENSA MESYUARAT AGUNG KE-31

Mesyuarat Agung tahunan Ke-31 dan sambutan hari raya aidilfitri berjaya dilangsungkan. Biarpun kehadiran kurang memuaskan, program ini banyak member makna. Pengisian pagi, dalam ruang Wacana Ilmiah Homeopati, Presiden menyampaikan “kuliah” yang cukup menarik dan bermanfaat dengan fokus “Evidence based in Homeopathy”. Kajian-kajian terkini yang dijalankan di institusi penyelidikan dan universiti di seluruh dunia di bentangkan dalam wacana ini. Jelaslah bahawa homeopati merupakan pengubatan/rawatan yang berkesan dan kian berkembang di serata dunia.
Tahniah dan terima kasih atas kehadiran dan sokongan/kerjasama para ahli menjayakan mesyuarat ini, termasuklah ahli-ahli dari Singapura.

Sabtu, 25 September 2010

AJK PPHBM SESI 2010/11

Penasihat, Pegawai, Ahli Jawatankuasa, dan Juruaudit
PPHBM2010/11



Presiden : Dr (H) Zainul Azmi b. Ahmad
Naib Presiden : Dr (H) Hjh Farminah Bte Hasan
Setiausaha : Dr (H) Abu Naim Kassan
Pen. Setiausaha : Dr (H) Zolkifle Mohammad b. Ahamed
Bendahari : Dr(H) Fatimah Dzulkarnain
Ahli :
Dr (H) Mohd Osman b. Nasir
Dr (H) Nasir b. Berau
Dr (H) Yaakob Abdul Jalil
Dr (H) Hjh Sarimah Mohamed Dome
Dr (H) Khairi b. Mohari
Dr (H) Muhammad NasirHanapi
Dr (H) Md Arif Ab. Karim
Dr (H) Abd. Wahab b. Omar
Dr (H) Abu Bakar Ibrahim
Dr (H) Abd Hamid Hussain
Dr (H) Muhammad Taufek Yap


Juruaudit : Dr (H) Hj Ishak Abdul Rahman
Dr (H) Sulaiman Salleh

Ahad, 12 September 2010

WADAH ILMU YANG UNTUK SEMUA

Sila klik
http://www.vithoulkas.com/index.php?option=com_content&task=view&id=1995

Selasa, 24 Ogos 2010

NOTIS MESYUARAT AGUNG PPHBM KE-31

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua ahli PPHBM diundang untuk hadir ke majlis tersebut yang akan diadakan sebagaimana keterangan yang berikut.

Tarikh : 25 SEPTEMBER 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Wilayah Selatan
No. 8, Jalan Padi Mahsuri , Bandar Baru UDA,
81200 Johor Bahru, Tel:07- 2377422/ 2388464

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI
pada 25 SEPTEMBER 2010 jam 12.45 tghari di tempat yang sama.

Kalau masih ada kuih raya, sila bawa!!!