Sabtu, 11 Februari 2012

NEF/AWARDS/ICTFORUM/120131-PPHBM

Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) dengan kerjasama bersama Astro Awani akan menganjurkan Karnival ICT NEF-Awani 2012 pada 10 dan 11 Februari 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Karnival ini adalah satu inisiatif untuk menyediakan platform bagi wakil industri ICT mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menyokong visi kerajaan dalam mewujudkan ‘Digital Economy’ serta menjadikan ICT sebagai pemudahcara bagi industri-industri lain.

Antara program yang menarik adalah seperti:

1. Padanan perniagaan bersama peserta pameran

2. Peluang perniagaan bersama :

a) CouponXcess.com

CouponXcess.com adalah penyedia kupon di atas talian. Menawarkan perkhidmatan percuma kepada usahawan runcit dalam industri makanan, pakaian serta perkhidmatan seperti kecantikan dan spa. Bakal pembeli di CouponXcess.com berjumlah 74,600 yang mempunyai majoriti pengguna wanita berusia 18-35 tahun.

b) Telekom Malaysia

3. Peluang pembiayaan dan geran

NEF dengan segala hormatnya menjemput En/Cik/Tuan/Puan/Dato/Datin dan semua ahli persatuan untuk hadir sebagai pelawat pada majlis tersebut untuk kerjasama strategik antara ahli persatuan. Untuk maklumat lanjut, pihak Tuan boleh melayari laman web www.nef.org.my atau hubungi Ferdaus di talian 019-351 3979 atau 03-7722 2706.

Aktiviti-Aktiviti Sempena Karnival ICT NEF-Awani 2012

Tarikh:

10 & 11 Februari 2012

Tempat:

Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur

Masa:

9.00 pagi hingga 7.00 malam

1. Forum Perniagaan ICT (10 & 11 Februari 2012 - Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2)

Masa

Aktiviti (10 Februari 2012)

Penceramah

9:30am

Pendaftaran

10:00am

Dana Pre-seed dan Seed Cradle

Cradle Fund Sdn Bhd

11:00am

Minum Pagi

11:15am

Industri Kandungan Masa Kini

Adly Rizal & Zai Johari

12:15pm

Makan Tengahari @Bilik Mawar & Solat Jumaat

14:30pm

Paypal: Keeping your Online Transactions Safe and Fast

Y.Brs. Encik. Ken Tan

15:30pm

Rehat/Pendaftaran

15:45pm

Dialog Usahawan Teknologi MSC Malaysia-NEF

17:00pm

Minum Petang/Program Tamat

Masa

Aktiviti (11 Februari 2012)

Penceramah

9:30am

Pendaftaran

10:00am

TBC

11:00am

Minum Pagi

11:15am

MDeX: Malaysian Digital Enterprise Exchange

Y.Brs. Encik Chew Chee Seng: CEO MdeX

12:15pm

TBC

Y.Brs. Encik Azran Osman Rani: CEO AirAsia X

1:00:00

Makan Tengahari @ Bilik Mawar


2:00:00

MOL: Fueling Hockey-stick Growth Internet Businesses in South East Asia (SEA)

Y.Brs. Encik Ganesh Kumar Bangah: CEO MOL/Friendster

2. Pameran TechnoXchange 2012 (Dewan Tun Razak 3, Aras 3)

· Padanan Perniagaan Bersama Pempamer (10 & 11 Februari 2012)

· Sesi BizNET (11 Februari 2012)

Masa

Aktiviti

Penceramah

10.00am

Aerospace and ICT

Y.Brs. Mejar Dr. Faiz Khaleed

10.30am

Nora & VOU: Softlaunch of Ummi

Nora & Voices of Ummi

11.30am

Nadiayu-Technologies Sdn. Bhd.

Nadira Yusoff

12.30pm

CouponXcess.com

Nizran Noordin

1.00pm

Online Talent Search (OTS)

Salena Ahmad

2.00pm

Boboiboy Meet & Greet Session

Animonsta Studios Sdn Bhd

2.30pm

Telekom Malaysia (TM)

Telekom Malaysia

3.00pm

Supertots Meet & Greet Session

Netcarbon Corp Sdn Bhd

3.30pm

New Media Digital Content Ecosystem Program: Program kerjasama NEF, Telekom Malaysia & Bank Simpanan Nasional (BSN). Peluang pemasaran kandungan bersama TM dan pembiayaan bersama BSN.

NEF, TM & BSN

4.30pm

Program Tamat



Selasa, 10 Januari 2012

Program Peningkatan Profesionalisme (CPD) Bulan Januari 2012

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Dimaklumkan bahawa satu lagi Program Peningkatan Profesinalisme (CPD) yang dikendalikan oleh Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 29 Januari 2012
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Era Edar Marketing,
52, Jalan Padi Emas 4/1, Pusat Bandar Tampoi, Johor Bahru.

Tajuk : Pemilihan Remedi Berpandukan Repetori SYNTHESIS

Pembimbing : Dr. (H) Zainul Azmi bin Ahmad
Presiden MPHM & PPHBM

Semua Ahli PPHBM dan mereka yang berminat adalah sangat-sangat digalakkan hadir. Mohon sebarkan kepada rakan dan sahabat-sahabat (yang emailnya tiada di sini) untuk menghadiri majlis ilmu yang bermanfaat ini.

Yuran pendaftaran : RM50.00 seorang.

DAN DIINGATKAN JUGA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN AHLI PPHBM YANG BELUM MENJELASKAN YURAN TAHUNANNYA, MOHON UNTUK BERBUAT DEMIKIAN SAMADA MELALUI POSTAL ORDER ATAU TERUS KE AKAUN PPHBM (BANK ISLAM 01014010002239) DAN RESIT PEMBAYARANNYA BOLEH DIHANTAR/EMEL KEPADA SETIAUSAHA ATAU BENDAHARI PPHBM.


SOKONGAN RAKAN-RAKAN AHLI PPHBM AKAN MENJADIKAN PERSATUAN BERTAMBAH TEGUH DAN MAJU KEHADAPAN.

Terima kasih.

Memangku Setiausaha
013-7445233


TAKZIAH KERANA TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

Ahli PPHBM kita TN HJ TAJUDIN MD ZAIN dari Alor Star telah kembali ke rahmatullah pada
1 Jan 2012 pada pukul 1.30 tgh. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada sebelah malamnya pukul 9.30 malam. Moga Allah mencucuri rahmad ke atas roh beliau. Innalillah wa inna ilahirajiun.

Ahad, 1 Januari 2012

NOTIS MESYUARAT AGONG TAHUNAN KALI KE 33

Semua Ahli, Persatuan Perubatan Homeopathy Bumiputera Malaysia (PPHBM) Tuan/Puan, Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-33 akan diadakan sebagaimana keterangan yang berikut.
Tarikh : 1 APRIL 2012
Masa : 9.00 pagi – 1.00 tengah
Hari: Ahad

Tempat : Dewan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
Wilayah Selatan No. 8, Jalan Padi Mahsuri , Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor
Agenda mesyuarat:
9.00 pagi-10.00 pagi : Ceramah
10.00 pagi- 10.30 pagi: Rehat.
10.30-12.30: Mesyuarat Agong.
Kepada ahli-ahli yang masih belum membuat bayaran yuran tahunan persatuan dikehendaki membuat bayaran sebelum akhir bulan januari. Sebarang masalah bolehlah menghubungi Pemangku setiausaha.



SEMUA AHLI DIPERSILAKAN HADIR

Sekitar CPD Disember di BBU Johor Bahru

CPD yang bertajuk Repertori untuk golongan tua oleh Dr Zainol Azmi Ahmad telah diadakan di Era Edar Marketing Tampoi, JB. Perbincangan dan perkongsian maklumat tentang gejala yang biasa dialami oleh orang-orang tua dan remedi yang berkaitan. PPHBM ingin mengucapkan Selamat kembali bertugas kepada Dr Zainol Ahmad dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa beliau untuk program CPD ini
Mesyuarat AJK PPHBM telah diadakan pada sebelah petangnya yang membincangkan perancangan program untuk tahun 2012 dan perkara-perkara berbangkit.