Selasa, 3 Julai 2012

Sekitar " case taking workshop " di CUCMS

Seminar yang telah berlansung selama 2 hari ini telah dikendalikan oleh pihak CUCMS di kampus Utama CUCMS di cyberjaya . Allistair Gray homeopath dari Australia telah berkongsi pengalaman dan penulisan beliau mengenai cara-cara mengendalikan sesuatu kes.
Seminar ini telah dihadiri oleh lebih kurang 50 orang homeopath dari seluruh negara. Syabas diucapkan kepada yang hadir. Pergunakanlah ilmu yang disampaikan itu dengan sebaik mungkin.Terima kasih diucapkan CUCMS dan MPHM kerana berjaya menguruskan kursus tersebut dengan cemerlang.

Ahad, 24 Jun 2012

BASIC MEDICAL SCIENCE COURSE

Program anjuran CUCMS dan MPHM ini akan diadakan di USM Pulau Pinang setiap hari sabtu dan Ahad. Sesiapa yang berminat sila hubungi
DICEC CUCMS
Sharinaz- 03- 8313070951 atau layari laman we  www.cybermed.edu.my
Nilai mata CPD untuk program ini 40 mata.
Pendaftaran segera amat di alu-alukan

KURSUS DIPLOMA EKSEKUTIF TEKNOUSAHAWAN (HOMEOPATHY)

Kursus ini anjuran bersama Universiti Tun Hussien Onn, MARA  dan Farmina. Kursus berjalan selama 14 bulan dan kelas akan diadakan pada hari sabtu dan ahad. Yuran boleh dibiayai oleh MARA.
Nilai mata CPD untuk program ini adalah 40 mata.
Sesiapa yang berminat sila  hubungi,
07-4532910 / 07-4538186 atau layari laman web www. farminabioplus.com

PENGIRAAN MATA CPD UNTUK MEMPERBAHARUI SIJIL AMALAN

Pengiraan mata CPD akan bermula daripada 1 November 2011 hingga 30 Oktober 2012 untuk memperbaharui Sijil Amalan tahunan 2013.
Minima 40 mata CPD setahun diperlukan untuk memperbaharui Sijil Amalan tahunan 2013.
Senarai program untuk mata CPD boleh di dapati dalam website MPHM.
Pembelian DVD ICHome 2011 dengan harga RM$150 akan memberikan anda 10 nilai mata CPD
Sesiapa yang berminat sila hubungi sekretariat MPHM

CASETAKING, THE LANDSCAPES OF HOMEOPATHIC MEDICINE SERIES

Workshop ini akan dikendalikan oleh Alistair Gray yang merupakan ketua di  Homeopathic Department at Endeavour College of Natural Health di Australia. Beliau terkenal di peringkat antarabangsa sebagai homeopath dan merupakan penulis buku homeopathy yang terlaris jualannya yang bertajuk "CASETAKING, THE LANDSCAPES OF HOMEOPATHIC MEDICINE SERIES"
Tarikh dan masa:
 29/6 – 1/7 2012
29 Jun 2012-  8 pm -10pm
30  Jun  2012- 9 am - 5 pm
1Julai 2012-  9 am - 5 pm
Tempat: 
Auditorium Cyberjaya University College of Medical Science
                                                                3140, Jln Teknokrat 3 ,
                                                                      Cyber 4, 63000,
                                                              Cyberjaya,Selangor
Organizer: Cyberjaya University College of Medical Sciences and The Malaysian Homeopathic Medical Council
Yuran: RM 350 . Pendaftaran awal, diskaun diberikan  Hanya perlu membayar RM 300 sebelum  25 Jun 2012
Keterangan lanjut di Website:
http://homeopathycucms.blogspot.com/
Sila hubungi :Suriyakhatun Osman
suriya@cybermed.edu.my
03-83137058
 Nilai mata CPD 15 akan diberikan untuk sijil amalan

Ahad, 22 April 2012

AJK PPHBM 2012/2013

Pada 8 April 2012 yang lalu telah diadakan mesyuarat agong kali ke 33 di Bangunan MPC , Bandar Baru Uda, Johor.
Berikut adalah senarai AJK yang telah terpilih untuk sesi 2012/2013


Presiden : Zainul Azmi bin Ahmad
Timb. Presiden : Hjh. Farminah bt. Hassan
S/U : Sarimah bt. Mohamed Dome
Pen. S/U :Fatima bt. HP Dulkarnain
Bendahari : Muhammad Nasir bin Hanapi
AJK :
1. Yaakob bin Abdul Jalil
2. Mohammed Osman bin Nasir
3. Khairi bin Mohari
4. Hj. Ishak bin Abdul Rahman
5. Mohd Arif bin Ab Karim
6. Hj. Nasir bin Berau
7. Muhammad Mokhtar bin Mahmood
8. Norizah bt. Mohd Salleh
9. Zolkifle Mohamad b. Ahamed
10. Husney bin Abdullah
11. Kalimin b. Sarmon
12. Tg. Roshdan bin Tg Shamsudden

Diharapkan AJK yang telah dilantik akan dapat menjalankan amanah yang telah diberikan.
Semoga tahun ini lebih banyak lagi program yang akan dilaksanakan untuk meningkatkan lagi tahap profesional ahli-ahli kita.

Rabu, 11 April 2012

Alfatihah dan Takziah

Salah seorang ahli PPHBM iaitu Allahyarham Muhammad Taufik Yap telah meninggal dunia pada 12.30 pagi 10/4/2102 di Nagpur India. Beliau dan isteri sedang membuat latihan klinikal di salah sebuah hospital di sana.
Jenazah beliau telah selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di masjid naryalwadi kabrastan, Mumbai. pada jam 11 pagi 11/4/2012. Jenazah diterbangkan ke KL pada jam 11 malam tadi waktu mumbai dan dijangka tiba di mas kargo KLIA pada jam 7.30 am 12/4/2012. Sesiapa yang ingin memberikan penghormatan terakhir @ solat jenazah bolehlah berbuat demikian di masjid KLIA. Pihak PPHBM mengucapkan takziah buat isteri dan keluarga beliau. Moga rohnya digolongkan di dalam golongan orang-orang yang soleh. Amin. Innalillah waina illahirajiun.