Isnin, 17 Disember 2012

PENGANJURAN KURSUS HOMEOPATHY

MAKLUMAN KEPADA AHLI
Berikut adalah makluman yang telah di hantar oleh MPHM kepada persatuan PPHBM.
Penganjuran kursus homeopathy  yang dibolehkan adalah untuk CPD saja yang bertujuan untuk memperbaharui sijil amalan(APC) . Sebarang penganjuran diperingkat diploma, ijazah  dan sarjana hendaklah terlebih dahulu memenuhi syarat Kementerian Pendidikan Tinggi dan LAN.
Berikut di lampirkan surat dari MPHM. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak MPHM. Mohon dapat dihebahkan kepada ahli-ahli yang lain.

BORANG PERMOHONAN KEAHLIAN BARU PPHBM

Kepada sesiapa yang belum lagi mendaftar sebagai ahli PPHBM, bolehlah muat turun borang keahlian baru . Borang yang telah diisi bolehlah dihantar kepada alamat yang tertera di dalam borang keahlian

PEMBAHARUAN SIJIL AMALAN TAHUNAN (APC) 2013

Makluman untuk setiap ahli yang ingin memperbaharui sijil amalan tahunan (APC) 2013.
Permohonan untuk APC boleh dibuat sekarang . Borang boleh di muat turun dari laman web  MPHM  www.mphm.org.my . Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 disember 2012.

Isnin, 6 Ogos 2012

BASIC MEDICAL SCIENCE COURSE FOR TCM PRACTITIONERS


BASIC MEDICAL SCIENCE COURSE FOR TCM PRACTITIONERS ini akan diadakan oleh Distance and Continuing Education Centre (DiCEC) , Cyberjaya University College of Medical science(CUCMS).
Kursus selama 6 bulan ini yang diadakan setiap hujung minggu bertujuan untuk meningkatkan kualiti homeopath dan pendidikan yang berterusan di kalangan homeopath. Ia juga sebagai pengiktirafan kepada homeopath (the grandfather clause) apabila akta TCM dilaksanakan nanti oleh kerajaan Malaysia.
Untul makluman ahli PPHBM, kursus ini akan diadakan di tiga lokasi seperti berikut:
1) Cyberjaya - kelas bermula 22 Sept 2012
2) Kota Bahru - kelas bermula 6 Oct 2012
3) Johor Bahru - kelas bermula 3 Nov 2102
Setiap Kelas boleh dimulakan dengan seminima 15 orang peserta.
Kepada yang berminat boleh membuat pendaftaran selewat-lewatnya  seminggu sebelum kelas bermula dengan menghubungi
Puan Sharinaz (03- 83137095)
Cik Sit Zaleha ( 03- 83137096)
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pn Sarimah (Setiausaha) - 013-7445233


Makluman untuk ahli PPHBM

Semua ahli MPHM diminta untuk mempamerkan di premis amalan masing masing
1. Kelulusan Homeopathy
2. Sijil Ahli MPHM
3. Sijil amalan Tahunan 2012
Ini untuk memudahkan sekiranya terdapat pemeriksaan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Arahan dari Presiden MPHM