Ahad, 7 Jun 2009

Karnival Kesihatan & Perubatan Homeopathy 2009

KARNIVAL KESIHATAN & PERUBATAN HOMEOPATHY 2009
ANJURAN
PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM)
SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-30

TARIKH : 11 – 12 JULAI 2009 (SABTU – AHAD)
MASA : 10.00 PAGI – 10.00 MALAM
TEMPAT : HOTEL NEO PEGASUS, SEGAMAT, JOHOR

OBJEKTIF

• Memberi peluang kepada masyarakat untuk mendekati dan mengenali perubatan homeopathy.
• Memberi peluang kepada pengamal-pengamal perubatan homeopathy, khususnya ahli PPHBM memperkenalkan diri dan perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat.
• Memberi peluang kepada usahawan, khususnya ahli PPHBM memperkenalkan produk homeopathy dan lain-lain dalam usaha membantu mereka memperluas pasaran dan meningkatkan ekonomi.
• Menjalin dan mempererat hubungan dalam kalangan ahli PPHBM dan pengamal-pengamal homeopathy seluruhnya.

CADANGAN AKTIVITI
• Pameran dan jualan produk kesihatan, khususnya homeopathy
• Kaunter penerangan dan khidmat nasihat percuma
• Perkhidmatan perubatan homeopathy percuma
• Perkhidmatan Percuma: Ujian gula dalam darah; tekanan darah; pemeriksaan kesihatan (hand accupunture)
• Urut tradisional (untuk lelaki)
* Pendaftaran online E-PENGAMAL dengan KKM
* Pameran dan jualan buku-buku homeopathy dan ubat homeopathy
• Ceramah kesihatan
1. Tajuk : Pemakanan dan Kesihatan
2. Tajuk : Makanan tambahan – Perlukah Kita Mengambilnya?

PENYERTAAN
Karnival ini terbuka kepada orang ramai. Masuk percuma.

PROMOSI & HEBAHAN
Surat undangan dan iklan akan diedarkan ke semua pejabat kerajaan dan swasta di Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka; sekolah-sekolah; siaran akhbar dan radio, poster dan kain rentang.

PENYERTAAN PAMERAN DAN JUALAN PRODUK/PERKHIDMATAN
Sesiapa yang berminat untuk mengadakan pameran, khidmat rawatan percuma, promosi dan jualan produk kesihatan sila berhubung terus dengan Urus setia melalui 013-7613931. Sewa tapak pameran sangat berpatutan. Tempat terhad, sila buat tempahan awal.

PENAJA UTAMA
Sesiapa yang berminat dipelawa untuk menjadi penaja utama. Syarikat/jenama penaja utama akan dicetak dalam semua pamplet atau bahan iklan. Sila berhubung dengan urus setia dengan segera.

Refleksi Kursus Dua Hari



Selama dua hari berlangsung Kursus Peningkatan Ilmu anjuran PPHBM yang dipimpin oleh homeopath berpengalaman, Dr(H) Zainul Azmi Ahmad. Suatu hal yang cukup jelas dan membanggakan, peserta sangat berpuas hati dengan pengisian dan pengetahuan-pengetahuan baru, termasuklah bagaimana menguruskan pesakit kronik seperti kanser, diabetes, epilepsi, migrain, dan lain-lain. Penceramah mengupas dan menghuraikan remedi-remedi utama dalam Materia Medica dalam usaha merawat penyakit kronik. Beberapa formula untuk masalah kesihatan yang boleh dikomersialkan juga didedahkan oleh penceramah, antara formula yang menarik ialah formula untuk sakit otot, masalah wanita dan lelaki, dan produk kesihatan yang lain.
Sempena kursus itu, pameran dan jualan buku-buku tentang kesihatan dan homeopathy turut diadakan. Selain ahli PPHBM, ahli persatuan lain dan orang awam juga turut hadir dalam kursus ini.

Selasa, 26 Mei 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 5/2009

TEMA: PEMILIHAN & PENGGUNAAN REMEDI DALAM PERAWATAN PENYAKIT KRONIK
FOKUS: MATERIA MEDICA (BAHAGIAN KEDUA)
TARIKH: 6 & 7 JUN 2009 (SABTU & AHAD)
MASA: 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: HOTEL NEO PEGASUS, SEGAMAT, JOHOR

PEMBIMBING UTAMA
DR(H) ZAINUL AZMI BIN AHMAD
MDH (Sussex), DHMS (Karachi), RHMP (Pakistan),
Presiden PPHBM, Naib Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

SINOPSIS
Kursus intensif dua hari ini akan mengupas dan membicangkan Materia Medica Homeopathy (Bahagian Kedua) dalam konteks penggunaan remedi, seni dan kemahiran merawat penyakit kronik . Perubatan homeopathy bukan sahaja memerlukan pengetahuan dalam Materia Medica, malah kejayaan dan keberkesanan rawatan adalah bertunjangkan kemahiran, seni dan pengalaman seseorang pengamal. Di sinilah terletaknya kelainan homeopathy daripada perubatan yang lain.

OBJEKTIF• Mengupas dan mendalami beberapa remedi utama yang lazim digunakan untuk merawat pesakit kronik.
• Mendedahkan pemilihan remedi yang tepat dan berkesan berdasarkan simptom pesakit untuk penyakit kronik seperti kancer, diabetis, asma, hipertension, dsb.
• Memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan ”pakar homeopathy’ yang berpengalaman luas.

SIAPA PERLU HADIR
Sesiapa yang berminat dan cinta akan ilmu, terutamanya pengamal homeopathy yang ingin menambah ilmu dan meningkatkan kepakaran mereka; mereka yang ingin menjadi homeopath yang berjaya dan berwibawa.

BAYARAN
Ahli Penuh PPHBM: RM100.00 Ahli Bersekutu PPHBM: RM150.00
Bukan Ahli: RM190.00 (termasuk nota, sijil dan makan minum)

DESTINASI
Bandar SEGAMAT terletak di utara Negeri Johor. Boleh dikunjungi melalui lebuh raya PLUS (Exit Tangkak), ada stesen kereta api, ada perkhidmatan bas ekspres dari utara, selatan, timur; dari Kuantan (highway Tun Razak/tiada tol). Bas ekspres dari Kota Bahru, Alor Setar, Sg. Petani, K.Lumpur, Seremban, Kuantan dll. Dari stesen bas/kereta api Segamat ke destinasi hanya 1 km. Kadar sewa hotel RM35.00 – RM280 (murah dan selesa – pilihlah sendiri) – Hotel Neo Pegasus tel: 07-9312128, hotel berhampiran (Hotel Ching Hua 07- 9435245), Maasi Inn (07-9435322 / 016-7870758). SELAMAT DATANG KE SEGAMAT.

BIODATA PEMBIMBING
Beliau berpengalaman selama 30 tahun sebagai doktor homeopathy di dalam dan
di luar negara. Sering mewakili Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia berurusan dengan Kem. Kesihatan Malaysia. Sering menyampaikan ceramah dan mengendalikan kursus / seminar homeopathy.

Insya-Allah, ilmu yang anda peroleh lebih bernilai daripada wang ringgit,
masa dan tenaga yang anda korbankan


ALAMAT URUS SETIA
Setiausaha PPHBM, 51, Jalan Putra 1/ 3, Bandar Putra,
85000 Segamat, Johor Tel: 013-7613931 e-mel: pphbm2u@Gmail.com

Selasa, 19 Mei 2009

SUARA MPHM 3 - FLU A (H1N1)

Sejak akhir April hingga Mei ini heboh di perkatakan tentang ‘mexican flu’ / swine flu atau sekarang ini dikenali sebagai Flu A (H1N1) yang mula di kenalpasti melanda Mexico di Amerika Latin terus menular ke Amerika Syarikat, Kanada terus ke beberapa negara Eropah ke Asia dan baru-baru ini telah disahkan masuk ke negara kita Malaysia – Negara yang ke 36 dilanda flu A H1N1 dengan 2 kes dan masih terus merebak melanda negara-negara didunia ini. Perangkaan terbaru ialah lebih 8,500 orang disahkan telah dijangkiti. Walaupun angka kematian darinya adalah kecil iaitu sekadar kurang dari 1 peratus, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran yang perlu diberi perhatian serius antaranya (a) tahap berjaga-jaga peringkat 5, (b) Kemungkinan wabak ini akan di jangkiti oleh 2 billion penduduk dunia, (c) Saranan kepada pihak kesihatan supaya vaksin pencegah Tamiflu dan Relenza digunakan secara berhemah dan (d) Kebimbangan bahawa virus yang sedang melanda akan berubah dan menjadi lebih kebal kepada pencegahan Tamiflu dan Relenza nanti.
Sebelum dilanda Negara kita telah diletak dalam kaadaan berjaga-jaga dan semua pintu masuk di kawal rapi dengan mengesan tanda-tanda awal jangkitan Flu A H1N1 dari dibawa masuk oleh pelancong dan pelawat dari luar dan warganegara ini yang melawat ke negara yang dilanda oleh Flu A H1N1 sementara Kementerian Kesihatan pula memberi tatacara hidup sihat dan langkah-langkah yang perlu di ambil jika di jangkiti atau disyaki di jangkiti Flu A H1N1.
Agaknya apa yang boleh warga Homeopathy lakukan dalam membantu pihak berkuasa? Umum tidak ada maklumat yang menyatakan bahawa secara konsisten Homeopathy boleh memberi rawatan pemulihan dari wabak yang melanda dengan menangani simtom yang dihadapi oleh sesaorang pesakit dan Homeopathy memiliki penawar-penawar untuk mencegah atau memendekkan masa penderitaan pesakit sebarang jenis wabak cuma keperihatinan pengamal yang memberi rawatan perlulah mantap dan di pertingkatkan.
Walaupun kita dengar berbagai nama di beri kepada sesuatu flu dari semasa kesemasa hakikat sebenarnya hanya ada flu A dan flu B sahaja dan serba sedikit yang perlu kita ketahui tentang ‘Influenza’ atau Flu sama ada jenis A atau B adalah seperti berikut yang di susun mengikut peringkat perkembangannya.

Peringkat 1 (Tahap Jangkitan) - Hari 1 dan Hari ke 2.
Virus flu yang telah ada diudara mula memasuki melalui rongga hidung, tekak/kerongkong dan ke paru-paru.

Peringkat 2 (Tahap Pembiakan) - Hari 3 ke Hari ke 6.
Virus yang telah memasuki tubuh akan menanam dirinya serta membiak untuk menimbulkan reaksi tubuh dan melemahkan sistem ketahanan badan.
Walaupun simptom penyakit belum ada atau ketara di peringkat 1 dan 2 ini Perawat Homeopathy yang telah memiliki Sijil Amalan Homeopathy boleh membantu diri, keluarga dan mereka yang memerlukan bantuan dari di jangkiti wabak Flu A dengan pemberian satu (1) dos Influenzinum 200 dan Arsenicum Album 30 pada hari berikutnya – satu (1) dos sehari untuk tiga (3) hari untuk bertindak sebagai pencegah kepada jangkitan. Tindakan ini boleh dimulakan sebaik flu menular ke kawasan persekitaran kita.
Peringkat 3 (Tahap Kehadiran Simtom) – Hari 7 ke Hari ke 13.
Di peringkat ini jangkitan bermula dan simtom mula dikenalpasti secara jelas dan antaranya:
Batuk, sakit tekak, hingus meleleh, hidung sumbat, keletihan, demam, sakit kepala dan tengkuk, sakit-sakit otot, sengal tulang, rasa mual, hilang selera makan. Biasanya simptom diatas berserta dengan demam, suhu badan meningkat dan rasa seram sejuk serta boleh juga berlaku mual, muntah dan cirit-birit.
Di peringkat ini penawar seperti Arsenicum Album, Baptisia, Bryonia, Eupatorium Perf., Euphrasia, Gelsemium, Cocculus Inducus, Rhus Tox dan lain lain penawar yang bersesuaian dan sebagai misalan Nux Vomica di beri pada peringkat awal mampu mencegah dari dijangkiti sementara Sulphur 200 boleh diberi jika penawar terpilih seperti senarai di atas tidak memberi kesan.
Tujuan memberi penawar adalah untuk pencegahan, memendekan jangka masa hadirnya simtom dan menyingkatkan jangka masa pemulihan oleh itu Pengamal perlu mengesan pemulihan pesakit yang dirawati olehnya. Pihak berkuasa kesihatan perlu di maklumkan tentang kawasan atau kes yang dirawati
Peringkat 4 (Tahap Pemulihan) - Hari 14 ke Hari ke 20.
Di masa ini tubuh akan membina kekuatan untuk melawan penyakit (atau membentuk antibodies) dan memulakan pemulihan serta mengenyahkan virus yang membawa penyakit flu sama ada A (H1N1) atau jenis lain.
Peringkat 5 (Tahap Ketahanan / Immunity) - Hari 21 ke Hari 23.
Mula hilangnya simptom-simptom yang menyerang tubuh pesakit dan dengan itu terbinalah ketahanan atau (immunity) tubuh dari serangan flu dari jenis atau (strain) yang sama tetapi tidaklah menjadi kebal kepada flu jenis lain yang mungkin melanda nanti.
Penulisan ini adalah satu panduan dan pandangan semata mata untuk di praktikkan oleh Pengamal MPHM dalam kaadaan sekarang ini kerana pusat-pusat kesihatan sedang penuh dengan pelbagai masalah penyakit berjangkit dan pesakit memerlukan perkhidmatan kesihatan yang segera, untuk menghilangkan resah gelisah masyarakat, kerana selain masaalah Flu A (H1N1) angka jangkitan Denggi, Cikungunya, Meningitis, dan FHM (Foot Hand and Mouth) dan lain-lain lagi turut membebankan pihak berkuasa dan Kementerian Kesihatan Malaysia..
Cadangan ini adalah untuk mereka yang berkeyakinan serta berkemampuan untuk merawatnya dan perawat perlulah mahir dengan gambaran penawar bakal di gunakan nanti. Penyenaraian penawar di atas tidak menyekat penggunaan penawar lain yang lebih sesuai untuk di gunakan jika simtom yang di bawa pesakit adalah lebih menepatinya. Pengamal yang masih sangsi akan kebolehan diri hendaklah terus merujuk ke Hospital berdekatan.
Penting bagi mereka yang merawat mencatat serta menyimpan rekod pesakit dan penyakit yang di rawati untuk dijadikan perangkaan MPHM, bagi rawatan oleh Pengamal dan Ahlinya, supaya dapat di ketengahkan nanti. Sebarang pengakuan hendaklah lengkap dengan bukti beserta perangkaannya.

Sekian, terima kasih.

Dr. (H) Haji Mohamed Bin Mohd. Noor.
Johor Bahru.
18.05.2009.

Sabtu, 9 Mei 2009

Notis Mesyuarat Agung PPHBM Ke-30

Mesyuarat Agung Tahunan PPHBM Kali Ke-30 akan diadakan pada
tarikh : 12 Julai 2009 (AHAD)
masa : 2.00 petang
tempat : Hotel Neo Pegasus, Segamat, Johor

Acara atau aktiviti sempena mesyuarat ( 11 dan 12 Jun 2008)
• Kursus/Seminar Peningkatan Profesionalisme
• Pendaftaran online E-Pengamal (KKM)
• Jualan T-Shirt , Baju Koporat & Jaket PPHBM
• Ceramah Kesihatan “Perlukah Kita Mengambil Makanan Tambahan?”
• Perkhidmatan Urut Tradisional (masalah lelaki)
• Jualan Buku & Remedi Homeopathy
• Pameran dan jualan produk-produk kesihatan (homeopathy dll)
* Rawatan dan khidmat nasihat percuma


Semua ahli dijemput hadir. Sesiapa yang berminat untuk menyertai program-program di atas sama ada sebagai peserta, sukarelawan atau usahawan, sila berhubung dengan Setiausaha melalui talian 013-7613931 dengan segera.

Selasa, 7 April 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 4/2009



TEMA : PEMILIHAN & PENGGUNAAN REMEDI, SENI & KEMAHIRAN DALAM HOMEOPATHY
FOKUS : 12 REMEDI BIOKIMIA SCHUESSLER
TARIKH : 2 & 3 MEI 2009 (SABTU & AHAD)
MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT : HOTEL NEO PEGASUS, SEGAMAT, JOHOR


PEMBIMBING UTAMA: PROF. DR. SUHAIMI BIN SARDI
PhD, MHD (Sussex), BHMS, Dip. Biochemistry (US), RHS
Institute of Natural Healing, Singapore

SINOPSIS
Kursus intensif selama dua hari ini akan mengupas dan membicangkan 12 Remedi Biokimia Schuessler dalam konteks pemilihan dan penggunaan remedi serta seni dan kemahiran merawat pesakit . Pensyarah dan pembimbing kursus ini merupakan seorang yang berpengalaman luas dan berkelayakan dalam perubatan homeopathy dan holistik.

OBJEKTIF
Mengupas dan mendalami remedi garam tisu Schuessler yang amat terkenal dalam perubatan homeopathy.
Mendedahkan teknik dan rahsia keberkesanan penggunaan remedi biokimia.
Memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan ”pakar homeopathy” yang berpengalaman luas.

SIAPA PERLU HADIR
Sesiapa yang berminat dan cinta akan ilmu, terutamanya pengamal homeopathy yang ingin menambah ilmu dan meningkatkan kepakaran mereka; mereka yang ingin menjadi homeopath yang berjaya dan berwibawa.

BAYARAN
Ahli Penuh PPHBM: RM (ikut kemampuan/keikhlasan Ahli Bersekutu PPHBM: RM190.00
Bukan Ahli: RM230.00
Tambah RM50 jika memerlukan penginapan hotel.
(termasuk makan minum, nota kursus dan sijil kehadiran)

DESTINASI
Bandar SEGAMAT terletak di utara Negeri Johor. Boleh dikunjungi melalui lebuh raya PLUS (Exit Tangkak), ada stesen kereta api, ada perkhidmatan bas ekspres dari utara, selatan, timur; dari Kuantan (highway Tun Razak/tiada tol). Bas ekspres dari Kota Bahru, Alor Setar, Sg. Petani, K.Lumpur, Seremban, Kuantan dll. Dari stesen bas / kereta api Segamat ke hotel hanya 1km. Kadar sewa hotel RM35.00 – RM280 (murah dan selesa – sila hubungi & pilihlah sendiri) – Hotel Neo Pegasus tel: 07-9312128, hotel berhampiran (Hotel Ching Hua 07- 9435245), Maasi Inn (07-9435322 / 016-7870758). SELAMAT DATANG KE SEGAMAT.

BIODATA PEMBIMBING
Beliau berpengalaman lebih 30 tahun sebagai doktor homeopathy. Selain memberikan perkhidmatan dalam bidang perubatan, beliau merupakan aktivis masyarakat yang amat gigih di Singapura Sering menyampaikan ceramah dan mengendalikan kursus / seminar homeopathy. Pernah berdiskusi dengan pakar-pakar homeopathy di Royal Homeopathic Hospital, London. [Tanyalah beliau ”benarkah sewaktu berubat dengan homeopathy, pesakit tidak boleh meminum kopi?” Jika anda ingin tahu jawapannya, hadirlah ke kursus ini!]

ALAMAT URUS SETIA
Setiausaha PPHBM, 51, Jalan Putra 1/ 3, Bandar Putra,
85000 Segamat, Johor Tel: 013-7613931 e-mel: pphbm2u@Gmail.com
Sila SMS untuk pengesahan kehadiran.

GAMBAR: Prof. Dr. Suhaimi Sardi (kanan) ditemu bual oleh Setiausaha Kehormat, PPHBM di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru pada tahun 2007.

Isnin, 6 April 2009

Kursus Siri 3/2009 Berjaya


Seramai 25 orang ahli PPHBM telah menyertai Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 3/2009 yang berlangsung pada 4 dan 5 April lalu di Segamat, Johor. Kursus selama dua hari ini amat memuaskan hati para peserta. Menurut seorang peserta dari Langkawi, Dr(H) Wan Mohd Shah Wan Min “Kursus seperti ini memang sangat berharga dan memberi ilmu-ilmu baru dan informasi semasa. Kalau difikirkan jarak, memanglah jauh, tetapi ilmu dan pengalaman yang kita peroleh lebih berguna untuk kita.”
Menurut Dr(H) Hajar Maidin dari Pulau Pinang, kursus seperti ini perlu diteruskan dan diharap lebih ramai lagi ahli dan doktor homeopathy yang lain turut menyertainya. Tahniah diucapkan kepada beliau yang sanggup datang dari jauh walaupun terpaksa menaiki kereta api kerana kehabisan tiket bas.