Pusat Homeopathy Utama (PHU) terletak di Bandar Putra, Segamat sejak tiga tahun yang lalu. Sebelum ini klinik kepunyaan Dr(H) Abu Naim Kassan pernah beroperasi di Negeri Sembilan dan beberapa tempat lain. Klinik ini mempunyai satu bilik rawatan, farmasi, dan bilik perundingan. Dengan pelbagai pendekatan dan khidmat masyarakat yang dijalankan, bilangan pesakit yang mengunjungi klinik ini kian bertambah. Klinik ini menyediakan khidmat saringan kesihatan percuma setiap hari. Dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 5.30 petang, manakala waktu malam untuk “janji temu” sahaja. Untuk maklumat lanjut /janji temu sila hubungi 016-7090145.
Selasa, 29 Jun 2010
PUSAT HOMEOPATHY UTAMA

Sabtu, 19 Jun 2010
LAWATAN KE HOMEOPATHY NOR ASIAH
Kami sempat singgah di klinik Dr(H) Nor Asiah yang terletak di Kok Lanas, Kelantan. Simpel sahaja klinik beliau, namun ramai juga pesakitnya yang datang. Menurutnya, selama dua tahun beliau memperkenalkan perkhidmatannya kepada masyarakat yang sebelum ini tidak mengenali perubatan homeopathy. Namun begitu, hingga kini beliau terus gigih memperkenalkan homeopathy dengan menyertai pelbagai pameran, ceramah, khidmat masyarakat dll. Beliau boleh dihubungi melalui 017-9812841
Rabu, 9 Jun 2010
PROGRAM CPD & TAKLIMAT KHAS
1. PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME (CPD)
2. TAKLIMAT PROGRAM BHMS (CUCMS)
3. TAKLIMAT AKTA TCM & UJIAN KELAYAKAN KEBANGSAAN KKM
Kami dengan kerjasama Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) dan Cyberjaya University College of Medical Sciences(CUCMS) akan mengadakan program di atas pada
TARIKH : 3 JULAI 2010 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI – 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT : HOTEL SRI MALAYSIA, JOHOR BAHRU
BAYARAN : RM60.00 (Ahli PPHBM/MPHM) RM70.00 (Bukan Ahli)
FOKUS : 1. Homeoterapeutik Viral Rinitis dan Influenza: Komplikasi &
Pengurusannya.
Oleh Dr(H) Zainul Azmi Ahmad, Presiden MPHM
2. Taklimat Program BHMS (Cyberjaya University College of Medical
Sciences(CUCMS) Oleh Prof Ahmad Asmadi dan Dr Surayakhatun Osman
3. Taklimat Akta TCM & Peperiksaan Kelayakan Kebangsaan KKM
Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat dipersilakan hadir.
Untuk keterangan: Dr(H) Abu Naim Kassan (013-7613931)

Sabtu, 1 Mei 2010
LAWATAN KE HOMEOPATHY RAYYAN
Kami sempat berkunjung ke klinik rakan kita di Batu Rakit, Kuala Terengganu. Hebat juga Encik Kamal (Ahmad Kamal Mohamad Ali), walaupun baru dalam bidang homeopathy, nampaknya rezeki beliau ada di sini. Yang paling menarik, waktu siang beliau berada di sebuah klinik allopathy (klinik perubatan) di Kuala Terenggau. Di klinik itu ada bilik khas untuk perubatan homoepathy. Maknanya, orang ramai (pesakit) boleh membuat pilihan; sama ada ingin berjumpa dengan doktor allopathy atau doktor homeopathy.
Satu lagi yang manarik ialah, mendapat pengalaman baru menggunakan Phytolacca untuk masalah berat badan (obesiti). Hasilnya amat menakjubkan! Tahniah, Sdr Kamal! Ini talian beliau 012-2113540.
Sabtu, 24 April 2010
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Program Khidmat Masyarakat, anjuran Pusat Homeopathy Utama, Segamat dengan kerjasama PPHBM pada 24 April 2010 di Felda Redong, Labis mendapat sambutan yang cukup memuaskan. Program sehari itu dikendalikan oleh tiga orang ahli PPHBM, diketuai oleh Dr(H) Abu Naim Kassan.
Dalam program ini, orang ramai mendapat khidmat nasihat, ujian gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, dan ubat-ubatan percuma.
Nampaknya, masyarakat kian faham dan menerima perubatan homeopathy sebagai perubatan alternatif/komplementari mereka. Berdasarkan soal selidik rambang, mereka sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap agar program seiumpama ini diteruskan.
Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat masyarakat atau berhasrat untuk mengetahui tentang perubatan homeopathy, silalah berhubung dengan kami.
Selasa, 13 April 2010
Sekitar Mesyuarat Agung MPHM
Tahniah MPHM kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Nampaknya MPHM kian dewasa dan matang kini. Ramai juga yang hadir sebagai pemerhati, walaupun belum menjadi ahli. Ini petanda yang sangat baik. Ada juga tetamu dari luar negara. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh dr Ramli abd Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia berjalan lancar dan penuh makna.TERIMA KASIH, Dr. Ramli!
Kami juga berbangga kerana Presiden PPHBM, sekali lagi menerajui MPHM. Kami yakin MPHM akan terus mara dan berjuang memartabatkan homeopathy di Malaysia.
Isnin, 15 Mac 2010
Lensa Seminar di Kota Bharu
Biarpun dalam hujan lebat setelah lama kemarau, ramai juga ahli PPHBM di pantai timur yang hadir, ada yang datang dari Kuala Terengganu dan Pahang. Hebat mereka, demi ilmu mereka sanggup datang biarpun jauh! Begitulah, usah bercakap tentang kejayaan dan kemajuan kalau tidak sanggup berkorban. Khabarnya, ada juga kawan-kawan yang tidak sampai ke destinasi, mereka tersilap jalan - menuju ke Pasir Mas, bukannya Tanjung Mas! Namun, tak sia-sia jua kerana dapat "shopping" di Homeopathy Mulia, Kota Bharu. Lepas ini, kita akan adakan program di Kuala Terengganu (KT) pula, kita pilih KT kerana lokasinya di tengah-tengah pantai timur.
Langgan:
Catatan (Atom)