Isnin, 13 Julai 2009

Reflekasi Kursus Peningkatan Pro Siri 6/2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 6/2009 yang memfokuskan bidang Pemakanan dan Kesihatan yang diadakan sempena Karnival dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-30, PPHBM telah mendedahkan sejumlah ilmu yang amat berguna, khususnya kepada pengamal perubatan dan orang awam amnya. Suatu hal yang amat menarik dalam kursus ini ialah, wujudnya penyertaan daripada orang awam (yang hanya berpendidikan sekolah rendah dan bekerjaya sebagai buruh am). Tiga orang penceramah/pembimbing, iaitu Dr. Zaifuddin Md Rasip (dari UIAM), Pn. Dahlia Muhamad dan Cik Dalila Othman (Pegawai Deitetik, Hospital Besar Segamat) telah menyempurnakan kursus ini. Peserta didedahkan dengan Pemakanan sihat untuk pesakit-pesakit atau masalah diabetes, darah tinggi, gout, masalah buah pinggang dan penyakit-penyakit akibat jangkitan kuman/viirus. Keperluan pengambilan makanan tambahan (food suplement) dan pemilihan produk makanan kesihatan yang terbaik juga turut didedahkan.

1 ulasan:

Dr.(H) Azizul Shariffuddin B. Ariffin berkata...

Assalamualaikum, syabas saya ucapkan kepada PPHBM di atas kejayaan seminar dan program-program yang dianjurkan.
Diharapkan penganjuran pada masa hadapan akan lebih mantap dan lebih pengisian.

Dr.(H) Azizul Shariffuddin Bin Ariffin.
PUSAT PERUBATAN HOMOEOPATHY KULIM
(draz363@gmail.com)