Rabu, 13 Januari 2010

KELAS PENINGKATAN PROFESIONALISME

Kelas Peningkatan Profesionalisme Pengamal Perubatan Homeopathy akan diadakan pada
Tarikh: 31 Januari 2010 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Dewan Kuliah, Kolej Islam Johor
d.a. Jalan Ahad off Jalan Datin Halimah
Johor Bahru.
(sila berhubung dengan kawan-kawan di JB. Dari lebuh raya PLUS, susur keluar ke Kempas)
Bayaran: RM60.00 sahaja (ahli PPHBM)
RM70.00 sahaja (bukan ahli)
Tajuk : Prinsip Preskripsi Remedi Kombinasi dan Homotoksikologi
-Kaedah dan Indikasi Aplikasinya

Pembimbing: Dr(H) Zainul Azmi Ahmad
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENAMBAH ILMU DIPERSILAKAN HADIR.


Sinopsis
Istilahnya ialah HOMOTOKSIKOLOGI (HOMOTOXICOLOGY) bukan Homeotoksoksikologi. Konsep ini diperkenalkan oleh Dr Hans-Henrich Reckeweg pada tahun 1930-an di Germany. Beliau telah mengenal pasti hubungan antara bebanan toksik (toxic burden) di dalam tubuh dan penyakit.Dia juga telah mewujudkan istilah HOMOTOXIN untuk agen-agen yang memberi kesan negatif kepada tubuh fizikal manusia. Penyakit ialah suatu ekspresi biologi pertahanan efektif tubuh untuk mengatasi kesan kecederaan tubuh daripada homotoksin endogenos dan eksogenos.
Berasaskan pemahaman yang diperoleh daripada fenomena ini, Reckeweg telah memperkenalkan satu konsep penyakit yg dikenali sebagai HOMOTOKSIKOLOGI dan telah membangunkan stok komprehensif remedi-remedi antihomotoksik. Remedi-remedi ini pula terdiri daripada remedi homeopathy berskala rendah dan dalam bentuk kombinasi.
Dengan konsep ini, beliau telah memberi satu pengertian baru terhadap kaedah preskripsi mengikut prinsip remedi kombinasi.
Schuessler dan Reckeweg cuma berbeza dari segi pendekatan, bukan dari segi matlamat. Mereka telah membangunkan kaedah mereka sendiri. Pro dan kontra kaedah ini dari segi asas asas prinsip homeopathy serta sebab-sebab kejayaan dan kegagalannya akan diperjelaskan.

Jangan lepaskan peluang kuliah yang sukar didapati di tempat-tempat lain ini. Kami yakin, anda akan memperoleh sesuatu yang baru dan sangat bermanfaat.


ACARA PETANG:
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PPHBM akan diadakan pada jam 2.00 petang di Kolej Islam Johor. Semua ahli jawatankuasa dikehendaki hadir.

Tiada ulasan: