Ahad, 28 Februari 2010

WACANA ILMIAH HOMEOPATHY 2010

anjuran
PERSATUAN PERUBATAN HOMEOPATHY BUMIPUTERA MALAYSIA (PPHBM)
dengan kerjasama
MAJLIS PERUBATAN HOMEOPATHY MALAYSIA (MPHM)

TEMA : REMEDI KOMBINASI DALAM PERUBATAN HOMEOPATHY
FOKUS : PRINSIP PRESKRIPSI REMEDI KOMBINASI DAN HOMOTOKSIKOLOGI:
KAEDAH DAN APLIKASINYA

TARIKH: 13 MAC 2010 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: Dewan Seminar, Bangunan al-Hikmah
Simpang Tiga, Tanjung Mas
Jalan Pengkalan Chepa
KOTA BHARU, KELANTAN

PEMBIMBING UTAMA
DR(H) ZAINUL AZMI BIN AHMAD
MDH (Sussex), DHMS (Karachi), RHMP (Pakistan),
Naib Presiden, Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia, Presiden PPHBM.


SINOPSIS
Istilahnya ialah HOMOTOKSIKOLOGI (HOMOTOXICOLOGY) bukan Homeotoksikologi. Konsep ini diperkenalkan oleh Dr Hans-Henrich Reckeweg pada tahun 1930-an di Germany. Beliau telah mengenal pasti hubungan antara bebanan toksik (toxic burden) di dalam tubuh dan penyakit.Dia juga telah mewujudkan istilah HOMOTOXIN untuk agen-agen yang memberi kesan negatif kepada tubuh fizikal manusia. Penyakit ialah suatu ekspresi biologi pertahanan efektif tubuh untuk mengatasi kesan kecederaan tubuh daripada homotoksin endogenos dan eksogenos.
Berasaskan pemahaman yang diperoleh daripada fenomena ini, Reckeweg telah memperkenalkan satu konsep penyakit yg dikenali sebagai HOMOTOKSIKOLOGI dan telah membangunkan stok komprehensif remedi-remedi antihomotoksik. Remedi-remedi ini pula terdiri daripada remedi homeopathy berskala rendah dan dalam bentuk kombinasi.
Dengan konsep ini, beliau telah memberi satu pengertian baru terhadap kaedah preskripsi mengikut prinsip remedi kombinasi.
Schuessler dan Reckeweg cuma berbeza dari segi pendekatan, bukan dari segi matlamat. Mereka telah membangunkan kaedah mereka sendiri. Pro dan kontra kaedah ini dari segi asas asas prinsip homeopathy serta sebab-sebab kejayaan dan kegagalannya akan diperjelas.

OBJEKTIF
• Mengupas dan mendalami konsep dan prinsip remedy kombinasi yang dipelopori
oleh Dr. Schuessler dan Dr. Reckeweg.
• Membincangkan kaedah dan aplikasi remedi dalam perawatan pesakit.
• Memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan
Pengamal homeopathy yang berpengalaman luas.

SIAPA PERLU HADIR
Sesiapa yang berminat dan cinta akan ilmu, terutamanya pengamal homeopathy yang ingin menambah ilmu dan meningkatkan kepakaran mereka; mereka yang ingin menjadi homeopath yang berjaya dan berwibawa.

BAYARAN
Ahli PPHBM: RM100.00 Bukan Ahli: RM110.00 (termasuk makan minum)

PENGINAPAN
Urusan penginapan adalah tanggungjawab sendiri. Hotel berhampiran ialah SABA INN, Tel: 019-9813098

BIODATA PEMBIMBING
Beliau berpengalaman selama 30 tahun sebagai doktor homeopathy di dalam dan
di luar negara. Sering mewakili Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia berurusan dengan Kem. Kesihatan Malaysia. Sering menyampaikan ceramah dan mengendalikan kursus / seminar homeopathy.

Insya-Allah, ilmu yang anda peroleh lebih bernilai daripada wang ringgit,
masa dan tenaga yang anda laburkan

URUS SETIA
Dr(H) Haji Mohd Ariffin (019-9517158)
Dr(H) Abu Naim Kassan (013-7613931)

Sabtu, 20 Februari 2010

Memori di Kolej Islam Johor






Terima kasih kepada yang sudi hadir ke kelas CPD yang lalu. Sambutan di luar dugaan. tahniah kepada anda kerana masih berminat untuk belajar dan terus belajar. Ilmu sentiaas berkembang, akan ketinggalanlah kalau tidak berminat untuk mengikuti kelas-kelas, kursus, bengkel, seminar dari semasa ke semasa.Rata-rata semua yang hadir berpuas hati dan mendapat ilmu baru.

Khamis, 18 Februari 2010

Program Peningkatan Profesionalisme

Program Peningkatan Profesionalisme Pengamal Perubatan Homeopathy akan diadakan pada
Tarikh : 28 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Kuliah, Kolej Islam Johor (YPJ)
Jalan Ahad off Jalan Datin Halimah
(Dari lebuh raya PLUS ikut susur keluar Kempas)
Pembimbing: Dr(H) Zainul Azmi Ahmad, MDH (Sussex), DHMS (Karachi)
Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

Fokus : Prinsip Preskripsi Remedi Kombinasi dan Homotoksikologi:
Kaedah dan Aplikasinya ( Bahagian II)


Bahasa Pengantar: Bahasa Melayu

Bayaran: RM60.00 (ahli PPHBM/MPHM)
RM70.00 (bukan ahli)


Semua pengamal perubatan homeopathy dan sesiapa yang berminat untuk menambah ilmu, dialu-alukan hadir.

PROGRAM DI ALOR SETAR & KUALA LUMPUR seperti berikut:
Alor Setar
19 Mac 2010 (Jumaat): 9pagi di Hotel Rayyan(Flora Inn)-Alor Setar.

Kuala Lumpur
21 Mac 2010 (Ahad): 9 pagi di Klinik Dr Osman,Bukit Belacan, Ampang,KL



Gambar: Sebahagian peserta yang hadir pada 31 Januari 2010 (Fokus Bahagian I)

Khamis, 11 Februari 2010

ERA BARU PENGAJIAN HOMEOPATHY DI MALAYSIA

THE NEW HORIZONS OF HOMEOPATHIC EDUCATION IN MALAYSIA

A public talk on Homeopathy outlining the basic tenets and the progress of this Medical modality which is now 200 years old.
Who should attend?
• The general public who are interested in complementary and alternative forms of treatment.
• School leavers and students who are interested in getting a comprehensive basic medical science education and a good grounding in homeopathy with the intention of being a health professional in this field.
• Health Science and Medical Students and Health professionals who want to get a better perspective of what Homeopathy is and is not.

Venue: Auditorium, Cyberjaya University College of Medical Science Main Campus
Date and Time: 21st February, 3.30 pm -5.30 pm
Speakers:
The Director of TCM , MOH, or his representative
Representative of MPHM
Dr Suriyakhatun Osman (Homeopathy Department, Faculty of TCM CUCMS)

KHABARNYA PROGRAM INI DITUNDA KE BULAN OGOS 2010