Isnin, 15 Mac 2010

Lensa Seminar di Kota Bharu






Biarpun dalam hujan lebat setelah lama kemarau, ramai juga ahli PPHBM di pantai timur yang hadir, ada yang datang dari Kuala Terengganu dan Pahang. Hebat mereka, demi ilmu mereka sanggup datang biarpun jauh! Begitulah, usah bercakap tentang kejayaan dan kemajuan kalau tidak sanggup berkorban. Khabarnya, ada juga kawan-kawan yang tidak sampai ke destinasi, mereka tersilap jalan - menuju ke Pasir Mas, bukannya Tanjung Mas! Namun, tak sia-sia jua kerana dapat "shopping" di Homeopathy Mulia, Kota Bharu. Lepas ini, kita akan adakan program di Kuala Terengganu (KT) pula, kita pilih KT kerana lokasinya di tengah-tengah pantai timur.