Sabtu, 24 April 2010
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
Program Khidmat Masyarakat, anjuran Pusat Homeopathy Utama, Segamat dengan kerjasama PPHBM pada 24 April 2010 di Felda Redong, Labis mendapat sambutan yang cukup memuaskan. Program sehari itu dikendalikan oleh tiga orang ahli PPHBM, diketuai oleh Dr(H) Abu Naim Kassan.
Dalam program ini, orang ramai mendapat khidmat nasihat, ujian gula dalam darah, pemeriksaan tekanan darah, dan ubat-ubatan percuma.
Nampaknya, masyarakat kian faham dan menerima perubatan homeopathy sebagai perubatan alternatif/komplementari mereka. Berdasarkan soal selidik rambang, mereka sangat berpuas hati dengan program yang dijalankan dan berharap agar program seiumpama ini diteruskan.
Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan khidmat masyarakat atau berhasrat untuk mengetahui tentang perubatan homeopathy, silalah berhubung dengan kami.
Selasa, 13 April 2010
Sekitar Mesyuarat Agung MPHM
Tahniah MPHM kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan. Nampaknya MPHM kian dewasa dan matang kini. Ramai juga yang hadir sebagai pemerhati, walaupun belum menjadi ahli. Ini petanda yang sangat baik. Ada juga tetamu dari luar negara. Majlis perasmian yang disempurnakan oleh dr Ramli abd Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia berjalan lancar dan penuh makna.TERIMA KASIH, Dr. Ramli!
Kami juga berbangga kerana Presiden PPHBM, sekali lagi menerajui MPHM. Kami yakin MPHM akan terus mara dan berjuang memartabatkan homeopathy di Malaysia.
Langgan:
Catatan (Atom)