Persatuan yang dianggotai oleh pengamal-pengamal perubatan homeopathy. Matlamat utamanya ialah mengembangkan dan memajukan perubatan homeopathy dalam kalangan ahli dan masyarakat, di samping mambantu pihak kerajaan mewujudkan sebuah masyarakat yang sihat (fizikal dan mental), sejahtera dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.
VISI
PPHBM: Berazam menjadi sebuah persatuan perubatan homeopathy klasik yang utama dan dihormati menjelang 2010
MISI PPHBM:
Meningkatkan ilmu, kualiti, dan profesionalisme pengamal-pengamal homeopathy dalam kalangan ahli.
Menyebarkan maklumat perubatan homeopathy secara meluas melalui pelbagai media.
Menjalin hubungan positif dan proaktif dengan persatuan-persatuan homeopathy di dalam dan di luar negara serta pihak kerajaan.
PPHBM ialah persatuan homeopathy yang berdaftar dan bernaung di bawah Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM), iaitu badan pengamal yang diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan bertanggungjawab mengawal dan mengeluarkan Sijil Amalan Homeopathy di Malaysia.
Boleh dihubungi melalui e-mel: pphbm2u@gmail.com