Khamis, 19 Mac 2009

Tahniah Dr(H) Yushaa Muhamad



Ketika kami sampai di Pusat Perubatan Homeopathy Alimi, Pasir Pekan, Kota Bharu, hari hampir senja. Kami menunggu di luar agak lama juga kerana Dr(H) Yushaa Muhammad sedang menguruskan seorang klien. Sambil menunggu, kami sempat berbual-bual dengan pembantunya (anak beliau) yang ketika ini sedang mengikuti Program Diploma Homeopathy. Anak perempuannya inilah yang diharapkan dapat meneruskan perjuangan dan mewarisi ilmu perubatan homeopathy. Klinik beliau dibuka mulai jam 9.00 malam – 10.30malam. Namun, jika ada janji temu beliau akan datang ke klinik pada bila-bila masa yang sesuai. Agak lama juga kami berbual-bual dengan Dr. Yushaa di kedai minum yang kebetulan bersebelahan dengan klinik beliau.
Kami berbincang tentang persatuan, masa depan homeopathy, dan yang paling menarik apabila beliau menceritakan pengalamannya merawat pelbagai penyakit kronik, termasuklah kanser payu dara. Beliau menyatakan kegembiraan dan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh PPHBM kini, iaitu mengadakan kursus/seminar berterusan kerana aktiviti ini amat penting untuk melahirkan homeopath yang berjaya dan seterusnya dapat “menghidupkan” persatuan dan menambah keahlian baru.
Dari sudut pandangan kami, kejayaan beliau adalah berdasarkan kegigihannya menuntut ilmu dan sering menghadiri kursus/seminar yang berkaitan. Beliau belajar asas ilmu perubatan homeopathy daripada Almarhum Prof. Dr Muhammad Yacob. Selepas itu beliau terus belajar tanpa mengenal lelah dan jemu sehinggalah memperoleh ijazah perubatan homeopathy (BHMS). Tahniah dan teruskan perjuangan demi kesihatan sejagat.

Isnin, 16 Mac 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 3/2009

TEMA: MATERIA MEDICA: APLIKASI, SENI DAN KEMAHIRAN DALAM PERAWATAN PESAKIT
TARIKH: 4 & 5 APRIL 2009 (SABTU & AHAD)
MASA: 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT: HOTEL NEO PEGASUS, SEGAMAT, JOHOR

PEMBIMBING UTAMA
DR(H) ZAINUL AZMI BIN AHMAD
MDH (Sussex), DHMS (Karachi), RHMP (Pakistan),
Presiden PPHBM, Naib Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia

SINOPSIS
Kursus intensif dua hari ini akan mengupas dan membicangkan Materia Medica Homeopathy dalam konteks penggunaan remedi, seni dan kemahiran merawat pesakit . Perubatan homeopathy bukan sahaja memerlukan pengetahuan dalam Materia Medica, malah kejayaan dan keberkesanan rawatan adalah bertunjangkan kemahiran, seni dan pengalaman seseorang pengamal. Di sinilah terletaknya kelainan homeopathy daripada perubatan yang lain.

OBJEKTIF
1. Mengupas dan mendalami beberapa remedi utama yang lazim digunakan oleh pengamal homeopathy. 2. Mendedahkan pemilihan remedi yang tepat dan berkesan berdasarkan simptom pesakit. 3. Mendedahkan teknik dan seni perawatan yang berkesan. 4. Memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman dan kemahiran dengan doktor homeopathy yang berpengalaman luas.

SIAPA PERLU HADIR
Sesiapa yang berminat dan cinta akan ilmu, terutamanya pengamal homeopathy yang ingin menambah ilmu dan meningkatkan kepakaran mereka; mereka yang ingin menjadi homeopath yang berjaya dan berwibawa.

BAYARAN
Ahli Penuh PPHBM: RM150.00
Ahli Bersekutu PPHBM: RM200.00
Bukan Ahli: RM250.00
Pelajar: RM150.00
Tambah RM50 jika memerlukan penginapan hotel.

DESTINASI
Bandar SEGAMAT terletak di utara Negeri Johor. Boleh dikunjungi melalui lebuh raya PLUS (Exit Tangkak), ada stesen kereta api, ada perkhidmatan bas ekspres dari utara, selatan, timur; dari Kuantan (highway Tun Razak/tiada tol). Bas ekspres dari Kota Bahru, Alor Setar, Sg. Petani, K.Lumpur, Seremban, Kuantan dll. Pengangkutan disediakan dari stesen bas/kereta api Segamat ke destinasi. Kadar sewa hotel RM35.00 – RM280 (murah dan selesa – pilihlah sendiri) – Hotel Neo Pegasus tel: 07-9312128, hotel berhampiran (Hotel Ching Hua 07- 9435245), Maasi Inn (07-9435322 / 016-7870758). SELAMAT DATANG KE SEGAMAT.

BIODATA PEMBIMBING
Beliau berpengalaman selama 30 tahun sebagai doktor homeopathy di dalam dan di luar negara. Sering mewakili Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia berurusan dengan Kem. Kesihatan Malaysia. Sering menyampaikan ceramah dan mengendalikan kursus / seminar homeopathy.

ALAMAT URUS SETIA
Setiausaha PPHBM, 51, Jalan Putra 1/ 3, Bandar Putra, 85000 Segamat, Johor Tel: 013-7613931 e-mel: pphbm2u@Gmail.com

Khamis, 12 Mac 2009

Memori Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 2/2009


Berdasarkan soal selidik yang kami lakukan, tiada seorang pun yang tidak berpuas hati terhadap pengisian kursus ini. Peserta dari Sabah, Dr Taufek Yap, misalnya menyatakan bahawa ilmu yang diperoleh melalui kursus ini sangat berharga dan berguna sekali dalam usaha meningkatkan keilmuan perubatan homeopathy.
Dalam kursus dua hari ini, pembimbing turut mendedahkan falsafah, kaedah dan seni dalam perubatan homeopathy yang cukup mempesonakan peserta. Peserta terdiri bukan sahaja dari kalangan pengamal perubatan homeopathy, malah dari golong profesional lain seperti pensyarah ITPA, juruukur, ahli farmasi, pendidik, usahawan dan pelajar.

Selasa, 10 Mac 2009

Seorang lagi ahli kembali ke rahmatullah

Hari ini, tibalah giliran seorang rakan kita, ahli PPHBM, Pn. Shae’eran bt Safawi, Batu Pahat, Johor pergi menemui penciptanya buat selama-lamanya. Menurut suami beliau (melalui panggilan telefon), beliau demam panas dan dimasukkan ke wad hospital dan kemudian terjatuh (saya tak pasti jatuh di mana – kerana talian kurang jelas, ketika itu saya berada di Kelantan). Kemudian beliau dimasukkan ke wad ICU dan disahkan menghidap leukimia. Bersama-samalah kita berdoa agar rohnya dirahmati oleh Allah s.w.t. Dan sama-samalah kita sedekahkan al-Fatehah kepada roh almarhummah - AL-FATEHAH....