Khamis, 19 Mac 2009
Tahniah Dr(H) Yushaa Muhamad
Ketika kami sampai di Pusat Perubatan Homeopathy Alimi, Pasir Pekan, Kota Bharu, hari hampir senja. Kami menunggu di luar agak lama juga kerana Dr(H) Yushaa Muhammad sedang menguruskan seorang klien. Sambil menunggu, kami sempat berbual-bual dengan pembantunya (anak beliau) yang ketika ini sedang mengikuti Program Diploma Homeopathy. Anak perempuannya inilah yang diharapkan dapat meneruskan perjuangan dan mewarisi ilmu perubatan homeopathy. Klinik beliau dibuka mulai jam 9.00 malam – 10.30malam. Namun, jika ada janji temu beliau akan datang ke klinik pada bila-bila masa yang sesuai. Agak lama juga kami berbual-bual dengan Dr. Yushaa di kedai minum yang kebetulan bersebelahan dengan klinik beliau.
Kami berbincang tentang persatuan, masa depan homeopathy, dan yang paling menarik apabila beliau menceritakan pengalamannya merawat pelbagai penyakit kronik, termasuklah kanser payu dara. Beliau menyatakan kegembiraan dan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh PPHBM kini, iaitu mengadakan kursus/seminar berterusan kerana aktiviti ini amat penting untuk melahirkan homeopath yang berjaya dan seterusnya dapat “menghidupkan” persatuan dan menambah keahlian baru.
Dari sudut pandangan kami, kejayaan beliau adalah berdasarkan kegigihannya menuntut ilmu dan sering menghadiri kursus/seminar yang berkaitan. Beliau belajar asas ilmu perubatan homeopathy daripada Almarhum Prof. Dr Muhammad Yacob. Selepas itu beliau terus belajar tanpa mengenal lelah dan jemu sehinggalah memperoleh ijazah perubatan homeopathy (BHMS). Tahniah dan teruskan perjuangan demi kesihatan sejagat.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan