Selasa, 6 Oktober 2009

Taklimat Garis Panduan Pendaftaran Pengamal

Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan akan mengadakan satu taklimat garis panduan pendaftaran pengamal tempatan di Hospital Sultan Ismail ,Johor Bahru pada 9 November 2009 jam 9.30 - 11.30 pagi DAN 2.30 - 4.30petang. Sesiapa yang berminat untuk hadir, sila hubungi Setiausaha melalui SMS dengan segera.

3 ulasan:

dr azman berkata...

Bagaimana dgn kami yg telah berdaftar melalui e-pengamal yg sebelum ini adakah kali ini ada pembaharuan yang lain, sebab baru2 ni e-pengamal pun dah tak boleh akses.pendaftaran pengamal dgn KKM yang terdahulupun tiada rekod.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Dr Azman. PPHBM akan menghantar wakil untuk menjenguk perkembangan terbaru semasa taklimat nanti. Kita tunggu maklumat terkini. Tentang e-pengamal, saya fikir tiada masalah kerana saya mamsih boleh akses. Cuba klik http://tcmonline.moh.gov.my/

Kalau ada masalah, maklumkan terus kepada TCM.

- SU, PPHBM

abu naim berkata...

Saya telah menghubungi pihak KKM tentang beberapa masalah yang berkaitan dengan pendaftaran. Berikut ialah respons yang saya terima

Salam,
1. Pendaftaran Pengamal yang akan di adakan di Johor Bharu bertujuan untuk memaklumkan garispanduan
kriteria pendaftaran , ianya lebih memberi tumpuan kepada tahap kelayakan pengamal yang akan dibenarkan menjalankan aktiviti apabila Akta T&CM di kuatkuasakan. Penyertaan pihak pengamal amat di alu-alukan agar tiada salah faham apabila garispanduan diedarkan nanti. Namun begitu pengedaran borang pendaftaran secara manual akan dilakukan bagi mereka yang masih tidak berdaftar secara atas talian.
2. Tuan di pohon untuk melayari "internet explorer" sebelum masuk ke laman web tcmonline, ini kerana tcmonline tidak "compatable" dengan "mozila firefox". Sekiranya terdapat lagi masalah sila kemukakan kemudian. Selamat mencuba!

Sekian. Terima kasih.

Dr Shamsaini Shamsuddin.
Cawangan Amalan dan Pendaftaran
Bahagian Perubatan dan Komplementari
Kementerian Kesihatan Malaysia