Selasa, 3 Julai 2012

Makluman untuk semua ahli PPHBM

Rang undang-undang TCM sudah dibentangkan di Parlimen pada 27 Jun 2012 yang lalu. Tahniah kepada AJK MPHM kerana usaha yang tidak mengenal jemu telah membuahkan hasil,.
Oleh itu pihak MPHM meminta ahli-ahli yang masih belum memperbaharui APC (Sijil Amalan ) dan yuran keahlian MPHM tahun 2012 dapat memperbaharuinya sebelum 31 Julai 2012. Borang boleh dimuat turun dari laman web www.mphm.org.my. Sila ambil tindakan dengan segera
Sesiapa yang tidak mempunyai APC ini , maka pihak KKM boleh mendenda anda.
Memertabatkan perubatan homeopathy.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mengapakah terlalu diwar-warkan tentang APC? Kenapa pihak kementerian kesihatan hendak mendenda. Ianya terlalu awal. Sesuatu draf undang-undang perlu dibahaskan, dan diwartakan, juga dapat perkenan Yang Di Pertuan Agung. Ianya memakan proses yang agak lama. Setelah itu, makluman, sebaran, pendidikan mesti diberiklan dahulu sebelum sesuatu penguatkuasaan dijalankan. Kenapa mesti ditakut-takutkan dengan dendaan. Sebaiknya, fokuslah kepada
proses meningkatkan ilmu dengan mengadakan kelas2 seperti yang telah pun dijalankan cuma ditambah lagi. Duit yang diperolehi daripada APC digunakan untuk apa? Tidak ada satu pun usaha untuk meningkatkan kualiti secara praktikal seperti menganjurkan praktikal intensif ke India untuk latihan. Ataupun war-warkan pusat rawatan di media untuk promosi tempat rawatan. Juga boleh digunakan untuk war-warkan apa itu homeopati di media. Sekadar pandangan.